| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, September 26, 2011

Di Bulan Zulkaedah .

Photobucket
Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram . Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan . Bulan haram adalah bulan persaudaraan , perdamaian dan kemaafan . Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim , yang bermusuh , damaikanlah , yang berdendam , berlapanglah dan yang renggang , rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.

Saiz Pinggang & Penyakit Jantung

Photobucket
Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian. Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Saturday, September 24, 2011

Pelajar Hilang !!!

Muhamad Akram Sujut, 16, [ gambar ] hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu , Kelantan hingga hari ini.

Dalam usaha mencari Muhamad Akram , Ayah Muhamad Akram telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.

Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam

Kepada orang ramai yang menemuinya atau mempunyai sebarang maklumat diharap menghubungi En. Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223.

Sumber maya :

Tuesday, September 20, 2011

Saiyyidina Ali Bin Abi Talib KRW

Photobucket
Saiyyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah SAW. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Saiyyidina Uthman Bin Affan

Photobucket
Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, [ kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa.] . Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Saturday, September 17, 2011

Saiyyidina Umar Al-Khattab

Photobucket
Nama sebenar adalah Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab . Nama Ibu ialah Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum . Digelar Al-Faruq dari Keturunan Arab Quraisy iaitu Kabilah Bani Adi . Dilahirkan 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah menurut Imam Nawawi . Dilantik sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang Kedua pada 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634M selama 10 tahun dan wafat pada tahun 23H @ 644M pada usia 63 tahun .

Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq

Photobucket
Abu Bakar as-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah [ hamba Kaabah ] tetapi selepas pengIslamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar [ daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda ] kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq [ yang membenarkan ] .

Thursday, September 15, 2011

Khulafa Al-Rasyidin .

Photobucket
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun ( jamak kepada Khalifatur Rasyid ) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

Wednesday, September 14, 2011

Sos DNA Khinzir @ Babi

Photobucket
Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Monday, September 12, 2011

Puasa-Puasa Sunnat Sepanjang Tahun

Photobucket
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sidiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah SWT. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Tuesday, September 6, 2011

Puasa Enam & Hutang Ramadhan ..

Photobucket
HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: " Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." [ Hadis sahih al-Bukhari ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...