Kita
telah biasa membaca kisah Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika
menjadi Khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya
memasak batu kerana anaknya kelaparan. Tetapi pernahkah kita ( yang
menjadi pemimpin ) ambil pengajaran dari kisah tersebut?
Sayyidina
Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang
hamba Allah yang sejati. Seorang Khalifah (pemimpin negara) mestilah
mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang
ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya.
Sayyidina
Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian. Di waktu siang pula
beliau biasanya bekerja di rumah. Di waktu malam pula beliau sering
keluar melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan persekitaran
untuk melakukan siasatan sendiri
Beliau
ingin mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan
pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan. Pada
suatu malam, Sayyidina Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan
membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.
Tiba
di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Sayyidina Umar
dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang
sedang menangis kelaparan. Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi
anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....
Wanita
itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat
lapar. Sayyidina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala
api di bawahnya.
Fikirnya
tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan
menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis. Walau
bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata
“Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”
Sayyidina
Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut
diulangi beberapa kali... walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa
yang agak lama.....
Sayyidina
Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus
mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan.
Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit
rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak
membantunya.
Sayyidina
Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...Beliau
memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu....
Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”
Dia memberitahu Sayyidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.
“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Sayyidina Umar r.a. bertanya
'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Sayyidina Umar r.a. lagi
Wanita
tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada
anak-anaknya. Wanita itu menghampiri Sayyidina Umar r.a dan berbisik ke
telinganya,
"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya. "
“Sebenarnya
tidak ada makanan di dalam periuk itu....Periuk itu hanya berisi batu
untuk mendiamkan anak-anak saya.... tetapi anak-anak saya fikir tentu ada
makanan di dalam periuk. Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus
menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.Kemudian mereka
akan terlupa rasa lapar. Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak
makanan... dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana
keletihan dan tertidur...."
Ulangi
ibu tua itu sekali lagi. Hanya dengan merebus batu dalam air dapat
menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang
dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.
Setelah
anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Sayyidina Umar r.a yang
suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak
mempunyai duit untuk membeli makanan.
Malangnya
orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang
ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan
menolong.
“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.
“
Benar ,... Saya hidup sebatang kara .... tidak memiliki saudara-mara dan
suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil
berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.
Kemudian, Sayyidina
Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa
ibu tidak adukan perkara ini kepada Khalifah? Bukankah beliau boleh
membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan
dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Sayyidina Umar ra ...
"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.
“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi
Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,
“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Sayyidina Umar ingin tahu.
“
Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat
keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata ,..... terdapat ramai lagi orang
yang senasib dengan saya...”
Sayyidina Umar r.a. langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya
Selesai
mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun
keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal
dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.
Sebaik
sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang
suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.
"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Sayyidina Umar r.a.
"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"
"Di
hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan
aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari
ini."sambungnya lagi.
Khalifah
memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut.
Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk
anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua
tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Sayyidina Umar r.a.
Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,
"Engkaulah
yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik,
murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada
seorang khalifah (pemimpin negara)."
Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.
Keesokannya
Sayyidina Umar telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya...
Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang
disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya
pada malam tadi.....
"Puan", kata khalifah, "Akulah Umar .
" Adalah
kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang
anak-anakmu telahpun makan dan dapat tidur dengan sukacita. Aku juga
telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada
engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah
mereka dewasa."
Khalifah
Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan
merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak MENDAKWANYA di hadapan
Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak
Masya Allah...!!
Sampai
macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.W.T.
Ini lah sebenarnya yang dikatakan Amirul Mukminin, iaitu "pemimpin
kepada orang-orang mukmin".
Ini lah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi.
Sedangkan
Sayyidina Umar r.a telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.A.W, tetapi
beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai
kepimpinannya, apatah lagi kita yang langsung tidak dijanjikan syurga
lagi ini.
Bayangkan
kita sekarang jika menjadi pemimpin negara, adakah kita masih boleh
hidup mewah dan bersuka-ria sedangkan ada rakyat yang hidup miskin dan
dalam kesusahan?
Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi ramai lagi yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Sahabat yang dikasihi...........
Begitulah
ciri-ciri pemimpin yang adil dan bertanggungjawab yang sentiasa
prihatin di atas kesusahan rakyat jelata yang memerlukan bantuan
daripada Baitul Mal.
Adakah
pemimpin kita pada masa ini memiliki sifat amanah dan prihatian seperti
yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a?
Adakah
pemimpin yang telah terpilih dan berkuasa dalam masyarakat sentiasa
istiqamah dengan ajaran Islam atau bersikap pecah amanah dan
menyalahgunakan kuasa yang ada?
1 comment:
As stated by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh 42 pounds lighter than we do.
(By the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING around "how" they are eating.)
P.S, I said "HOW", not "WHAT"...
CLICK on this link to find out if this easy questionnaire can help you release your real weight loss possibilities
Post a Comment