| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Friday, November 1, 2013

Bulan Muharram .


Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.



Daripada Al-Hassan Al-Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Di samping peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini, bulan Muharram juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Bulan ini adalah salah satu dari empat bulan yang dimuliakan dan diberkati seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang maksudnya:-

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati (arba’atun hurum). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)…” (at-Taubah, 36)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah (ra), Rasululah SAW telah bersabda yang maksudnya;

(Ketahuilah) Sesungguhnya, zaman beredar sebagaimana keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada 12 bulan. Empat daripadanya adalah bulan haram, iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan Rejab diapit oleh Jamadilakhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari & Muslim)

Muharram dikenali dengan namanya itu kerana ia adalah bulan yang dimuliakan. Allah Azza Wajalla menyebut, ( فلا تظلموا فيهنّ انفسكم ) iaitu “maka janganlah kamu menganiayai diri kamu” di mana ia bermaksud jangan menganiayai diri kamu di dalam bulan-bulan yang mulia ini kerana dosa-dosa yang dilakukan dalam bulan ini lebih besar berbanding dalam bulan-bulan yang lain.

Ibn Abbas (ra) berkata bahawa ayat “ maka janganlah kamu menganiayai diri kamu ” merujuk kepada semua bulan, kemudian empat bulan ini diasingkan dan dimuliakan. Justeru, dosa yang dilakukan dalam bulan ini lebih serius dan amalan baik yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Kelebihan Berpuasa Sunat Dalam Bulan Muharram

Terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang menganjurkan berpuasa sunat dalam bulan Muharram. Di antaranya seperti dibawah.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “ Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama ” Ujar Nabi SAW, “ Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “ Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam ” Maka tanya Rasulullah SAW “ Kenapa kamu seksa dirimu? ” Lalu sabdanya “ Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan! Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “ Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “ Tambahlah lagi! ” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “ Berpuasalah pada bulan-bulan haram, lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Perkataan “berpuasalah pada bulan-bulan haram” itu adalah merujuk kepada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Dari Abu Hurairah (ra) berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;

Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah al-Muharram, manakala solat yang lebih utama selepas solat fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibn Maajah)

Ayat “ bulan Allah ” menghubungkan nama bulan kepada nama Allah dalam struktur tatabahasa kepunyaan / keakraban bagi membuktikan kepentingan bulan tersebut. Al-Qari (rh) berkata; “ Zahir maksud bagi hadis di atas adalah berpuasa pada keseluruhan bulan Muharram”. Namun, telah dibuktikan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sepenuh bulan selain dari Ramadhan. Oleh itu, hadis ini mungkin bertujuan untuk mengalakkan memperbanyakkan puasa dalam bulan Muharram dan bukannya berpuasa pada keseluruhan bulan.

Hal ini diperkuatkan oleh satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;

Berpuasalah sebahagian dari bulan Muharram dan tinggalkanlah dari sebahagian yang lain (diucapkan tiga kali)” (HR Abu Daud dan Nailul Authar)

Selain itu, dalam bulan ini kita disunatkan juga berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yang dikenali dengan puasa hari Asyura.

Akhir sekali, dalam keghairahan beramal dan meningkatkan ibadah, kita perlu memastikan setiap amalan yang kita lakukan hendaklah bersandarkan dari sumber yang jelas dan pasti dari as-sunnah semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan beroleh ganjaran pahala dari sisiNya.

Wallahua’lam.

Sumber :
Kitab Nasbun Nurain @ http://nasbunnurain.wordpress.com
Wikipedia @ http://ms.wikipedia.org/wiki/Muharam

1 comment:

Blog27999 said...

Your Affiliate Profit Machine is ready -

Plus, getting it set up is as simple as 1, 2, 3!

Here's how it works...

STEP 1. Choose which affiliate products the system will promote
STEP 2. Add some PUSH button traffic (this ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the system grow your list and up-sell your affiliate products all on it's own!

Are you ready to start making money??

Get the full details here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...