Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Tuesday, November 1, 2011
Sunday, October 23, 2011
Tayamum ...
Syari'at Islam mewajibkan solat dengan syarat seseorang itu bersih dari hadas kecil, iaitu berada dalam keadaan wudhu'. Apabila seseorang itu tidak menemui air atau kekurangan air bagi tujuan berwudhu' maka dibolehkan dia bertayamum dengan menggunakan debu tanah sebagai agen penyuci. Kemudahan ini tertulis di dalam al-Qur'an : Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]
Saturday, October 22, 2011
Wuduk ...

Berwuduk merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadah yang pertama sekali dihisab di hari kiamat iaitu ibadah solat. Apabila wuduk seseorang itu tidak sempurna,maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadah solatnya. Bagi orang yang mengubah cara berwuduk tidak sesuai dengan sunnah Rasul, dalam hadis dikatakan bahawa mereka diancam dengan kebinasaan. Melihat kejahilan yang telah melanda kebanyakan umat ini, iaitu kejahilan untuk melaksanakan Al-Islam sesuai dengan sunnah yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita sebagai umat bahagian terkecil merasa tanggungjawab untuk turut menegakkan Ad-Din ini setakat keupayaan yang kita miliki. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. : ” Sampaikanlah sunnah dari-ku walaupun satu ayat ”.
Monday, October 17, 2011
Infaq !!!
Mohon jasa baik dan murah hati para sahabat pengunjung blog ini jika ada kelapangan untuk memberi infaq / sadaqah / derma dengan ikhlas hati kepada tabung pembinaan Surau/Madrasah di Kampung Nawa , Pokok Sena , Kedah Darul Aman yang dalam pembinaan . Samaada dalam bentuk tunai atau pun barangan pembinaan & peralatan Surau/Madrasah ini.
Dengan infaq / sadaqah / derma ini hanya Allah sajalah yang dapat membalas jasa baik yang para sahabat pengunjung lakukan . Terima kasih .
Saturday, October 15, 2011
Hudud, Qisas dan Ta’zir
Seseorang sahabat bertanya : Apa pendapat anda terhadap orang yang mengatakan, “ Sesungguhnya memotong tangan si pencuri dan menjadikan nilai persaksian kaum wanita separuh dari persaksian kaum lelaki adalah sesuatu yang keras (tidak berperikemanusiaan), dan melanggar hak asasi kaum perempuan?” Semoga Allah membalas dengan kebaikan bagi anda.
Friday, October 7, 2011
SOLAT JENAZAH
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-'Imran ayat 185 yang bermaksud " Setiap yang bernyawa pasti akan mati "
Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : " Solatlah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." [Hadis Riwayat Ibnu Majah ]
Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : " Solatlah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." [Hadis Riwayat Ibnu Majah ]
Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
Ustaz Dato Ismail Kamus , Dato Dr Haron Din Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus
dari Orang Melayu Malaysia Islam yang lebih arif
Labels:
Pengajian,
Perjuangan,
Syariah
Wednesday, October 5, 2011
Adab-Adab Ziarah Kubur
Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:
Labels:
Akhlak,
Kenal Diri,
Pengajian
Haji Mardud .. [ Haji Yang Tertolak ]
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara [ jawaban ] dari langit: “ Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik [ kebahagiaan ] bagimu kerana bekalmu haram , kenderaanmu haram , hajimu penuh dosa , tidak diterima [ tertolak ] ” [Riwayat Thabrani]
Saturday, October 1, 2011
Bulan Haji datang lagi [ 1432H ]
Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud : " Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah " [ Surah Al- Baqarah ayat 196 ]
Labels:
Haji
Monday, September 26, 2011
Di Bulan Zulkaedah .
Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram . Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan . Bulan haram adalah bulan persaudaraan , perdamaian dan kemaafan . Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim , yang bermusuh , damaikanlah , yang berdendam , berlapanglah dan yang renggang , rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.
Saiz Pinggang & Penyakit Jantung
Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian. Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.
Saturday, September 24, 2011
Pelajar Hilang !!!
Muhamad Akram Sujut, 16, [ gambar ] hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu , Kelantan hingga hari ini.
Dalam usaha mencari Muhamad Akram , Ayah Muhamad Akram telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.
Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam
Kepada orang ramai yang menemuinya atau mempunyai sebarang maklumat diharap menghubungi En. Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223.
Sumber maya :
Subscribe to:
Posts (Atom)