MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW & DAN PARA SAHABAT
Rasulullah SAW amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak.
Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya :
Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya :
1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan , dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya . Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie , daripada Abu Hurairah . Sabda Rasulullah : Maksudnya : Puasa sebagai perisai.
3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda : Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak .
4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi :
Maksudnya : Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untukKu, dan Akulah yang membalasnya . Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga , sebagai perisai dari mata pedang .
5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya : Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat , dan zakat jasad ialah puasa.
6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id : Maksudnya : Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun .
7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami , daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi bersabda : Maksudnya : Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih , tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan .
8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim : Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga , ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.
9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan : Maksudnya : Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab , nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu .
Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Firman Allah SWT dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 : Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.
Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu , iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah SWT dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati . Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah SWT dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah . Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan pada tahun ini dan yang akan datang . Amin.
Sumber / Petikan :
Mufti Kerajaan Negeri Melaka .
1. Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al‐Khin, Dr.Mustafa al‐Bugha , Ali al‐Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005 . Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
2. Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub . Cetakan Pertama 2000 M / 1420H . Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
4. Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5. Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6. Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram , Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah . Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library.
2. Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub . Cetakan Pertama 2000 M / 1420H . Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
4. Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5. Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6. Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram , Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah . Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library.
2 comments:
trima kaseh sshabat
Glamer lagi bulan ni.http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/glamer-lagi-aku-bulan-nie.html
Post a Comment