| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Friday, August 26, 2011

Semangat Ramadhan & Hari Kemenangan ..

Photobucket
Semangat Ramadan perlu dikekalkan tak kira masa . Amal ibadat, tanda syukur umat Islam tidak boleh luntur agar iman terus dipertingkat

AIDILFITRI tanda kemenangan umat Islam berjuang sepanjang Ramadan melawan hawa nafsu, menahan lapar dan dahaga kerana mematuhi suruhan serta mencari reda Allah. Bukti Aidilfitri hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam ialah diharamkan berpuasa pada 1 Syawal.

Aidilfitri yang mengiringi Ramadan juga adalah anugerah Allah kepada umat Islam dan sambutannya sering dikaitkan dengan hakikat kembalinya umat Islam kepada fitrah yang bermaksud bersih iaitu kembali kepada akidah mentauhidkan Allah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata tauhid bermakna mengutamakan Allah dalam setiap aspek urusan kehidupan dengan merasakan seolah-olah segala amal perbuatan sentiasa diawasi Allah.Kegembiraan menyambut Aidilfitri juga perlu diserikan dengan amalan berdoa mengharapkan taufik dan hidayah Allah.

Katanya, walaupun Ramadan hampir berlalu tetapi roh untuk terus meningkatkan keimanan, ketakwaan serta mencari keredaan Allah tetap subur dalam jiwa umat Islam dengan mengekalkan momentum amal ibadat seperti di bulan puasa.

“ Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah ialah menjaga soal pokok iaitu mentauhidkan Allah. Aidilfitri juga adalah hari ibadat dan kita digalakkan menyambut 1 Syawal dengan bertakbir dan bertahmid untuk memantapkan tauhid.

“Malah, kita juga diminta bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir Ramadan. Semua itu dilakukan supaya kita berjaya melalui madrasah Ramadan yang menawarkan rahmat, keampunan serta pembebasan dari api neraka . Inilah persediaan untuk kembali kepada fitrah,” katanya.
Beliau berkata, selain akidah, umat Islam juga perlu menjaga akhlak serta adab terpuji sebagai usaha menjaga kesejahteraan masyarakat kerana krisis yang melanda ummah hari ini berpunca daripada krisis tauhid.

Katanya, apabila masyarakat menjaga akidah serta berperangai menurut didikan dianjurkan agama, keseluruhan kehidupan akan berjalan dalam keadaan aman serta sejahtera.

Rasulullah SAW dalam sabdanya mengingatkan umat Islam supaya sentiasa takut kepada Allah tidak kira di mana mereka berada dan melakukan amal kebaikan serta bergaul sesama manusia dengan akhlak terpuji.

Mohamad Shukri berkata, Aidilfitri juga sebagai tanda kesyukuran umat Islam terhadap nikmat Allah memberi peluang mereka menjalani ibadat puasa kerana tidak semua diberi peluang bertemu bulan yang melimpahkan ganjaran berlipat kali ganda.

Beliau berkata, Aidilfitri turut mempromosikan usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim serta tali persaudaraan semasa Islam dan bukan Islam melalui amalan ziarah menziarahi, ucap selamat dan bermaafan.

Inilah masanya untuk melupakan perbezaan pandangan sebaliknya menanamkan rasa kasih sayang supaya dapat membersihkan hati daripada perasaan hasad dengki.

“ Jika masih ada budaya benci tiada makna hari raya kerana tidak ada untungnya umat Islam jika mereka bermusuhan. Semangat toleransi dan ukhuwah Islamiah untuk merawat hati dengan saling memahami, menghormati walaupun berbeza pandangan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya ikhlas tatkala mengungkapkan kata maaf baik oleh yang memohon dan mereka yang memberi kemaafan tanpa ada sebarang parut tertinggal walaupun sedikit.

Mohamad Shukri berkata, kegembiraan menyambut Aidilfitri juga perlu diserikan dengan amalan berdoa mengharapkan taufik dan hidayah Allah akan dianugerah berterusan di samping dikurniakan rezeki, umur yang panjang serta ditambah keyakinan pada agama.

3 comments:

Unknown said...

satukan tangan satukan hati, seiring kita rapatkan silaturrahim di hari kemenangan...selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin...

Kyra Elric said...

kyra suka baca entry ringgo..!!! :D cool sangat..!! :D

Ringgo said...

tima kasih bro khairil selamat hari raya Eidul Fithri ,
tersusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa ,
tersilap kata .. moga kemenangan ini akan kita kekalkan hingga bila-bila ..

trima kasih juga pada kyra kerna rajin membaca entri kat sini ..
selamat hari raya Eidul Fithri ..
duit raya dah kirimkan kat cik nuff ..
raya raya juga studi jgn lupa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...