Harakah Daily KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Kerajaan China untuk menarik balik larangan dan perintah yang jelas melanggar hak beragama dan asasi manusia dalam beribadat di Wilayah Urumqi Xinjiang.
Ketua Lajnah Antarabangsa DPMM, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, larangan yang terkini adalah larangan menunaikan ibadah puasa, bertarawih dan apa jua aktiviti keagamaan sepanjang Ramadhan ini dengan memaksa mereka menandatangai satu dokumen persetujuan atas larangan tersebut.
“Malah LA DPPM merasakan tindakan pihak berkuasa China yang memaksa umat Islam Urumqi yang memaksa syarikat-syarikat swasta di sana untuk membekalkan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam hatta mengugut untuk diberhentikan kerja atau bonus sekiranya mereka berkeras untuk terus berpuasa adalah satu tindakan yang menjijikkan,” ujarnya yang juga Naib Ketua DPPM.
Beliau menyatakan demikian di dalam memorandum bantahan yang dihantar kepada Presiden Hu Jintao, Presiden dan Pemerintah Republik Rakyat China melalui duta besar negara itu ke Malaysia, Chai Xi di kedutaan negara itu, di sini, petang semalam.
Di samping itu, tambahnya, para pelajar Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi juga disediakan juadah makan tengah hari buat mereka. Selain itu, tokoh-tokoh agama juga diugut untuk ditarik balik kebenaran atau tauliah memberikan kuliah dan ceramah agama sekiranya terus menerus menjalankan aktiviti dan penyampaian ilmu agama sepanajang Ramadhan ini.
Sehinggakan, katanya umat Islam juga dihalang untuk memasuki masjid untuk beribadah sekiranya tidak mempunyai bukti pengenalan dan dipaksa mendaftar ke pihak berkuasa untuk beribadah di masjid. Bagi LA DPPM, tambah beliau larangan itu jelas bertentangan dengan ketamadunan sejagat dan bersongsangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan tatsusila manusia.
“Oleh itu kami mendesak agar larangan ini ditarik semula serta-merta dan pihak berkuasa Urumqi perlulah kembali kepada nilai-nilai sejagat dan memperbanyakkan dialog peradaban bagi menyelesaikan masalah yang timbul,” ujarnya.
LA DPPM juga, katanya mengutuk tindakan tindakan pihak berkuasa China yang telah bertindak keras terhadap kebangkitan rakyat Urumqi sehingga mengakibatkan 18 terkorban dan 31 tercedera dalam pertempuran pada awal Ramadhan baru-baru ini.
Tegasnya, pihak DPPM tidak teragak-agak untuk menggerakkan seluruh dunia Islam bagi membela nasib umat Islam Uighur yang telah dinafikan hak beragama dan kebebasan mereka dan penindasan berterusan pihak berkuasa China.
** Alhamdulillah telah ada pihak menyuarakan bantahan tentang perkara ini di kedutaan negeri China .. yang mana sebelum ini ada sahabat kita bro Khairil yang mai dari bendang telah mengulas perkara ini dikalangan kita.. diharap perkara ini diambil perhatian dan tindakan oleh pihak pemerintahan negeri terlibat dan diselesaikan sebelum berakhirnya Ramadhan yang mulia ini .. semoga umat Islam disana tabah & sabar menghadapi ujian dan dugaan ..
** Alhamdulillah telah ada pihak menyuarakan bantahan tentang perkara ini di kedutaan negeri China .. yang mana sebelum ini ada sahabat kita bro Khairil yang mai dari bendang telah mengulas perkara ini dikalangan kita.. diharap perkara ini diambil perhatian dan tindakan oleh pihak pemerintahan negeri terlibat dan diselesaikan sebelum berakhirnya Ramadhan yang mulia ini .. semoga umat Islam disana tabah & sabar menghadapi ujian dan dugaan ..
5 comments:
Assalamualaikum sahabatku Ringgo.
Nampaknya kuasa kuffar semakin kurang ajar terhadap umat islam. Pemerintah china sebenarnya takut dgn perkembangan umat islam di China yg kini hampir mencecah 170 juta orang( rujuk buku Ann Wan Seng)
Waalaikummussalam ya sahabatku Jiwa Hamba ..
betul tu sahabat .. tapi jika umat Islam sekarang bersatu dan mengambil berat tentang saudara Islam kita .. InsyaAllah tiada siapa yang berani yang nak bersuara sekalipun ..
salam...mana pergi OIC dalam hal ini?...mereka hanya berdiam diri sahaja ke?..takut dgn China?...sepatutnya OIC dah buat bantahan tehadap perkara ini...
Lagi satu , terima kasih bro kerana bagi link dalam entry ni... :)
memang membara melihat agama Islam diperlakukan sedemikian rupa...
mungkin ada kepentingan lain Bro Khairil.. hari ni ada perjanjian memorandum kerjasama (MOC) antara Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Pengembaraan China Islam (CMTA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.. untuk pelawat/pelancong dari China masuk ke malaysia yang dianggarkan seramai 1.25 JUTA orang pada tahun ini.. kemasukan palawat ni boleh menjana pendapatan negara malaysia .. Bernama.com
Post a Comment