| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, October 1, 2011

Bulan Haji datang lagi [ 1432H ]

Photobucket
Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud : " Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah " [ Surah Al- Baqarah ayat 196 ]

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya [ tidak memerlukan sesuatu ] dari sekalian alam " [ Surah Ali Imran ayat 97 ]

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud : " Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk ".

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1,500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya [ Tahun ke-7 Hijrah ] , Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2,000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan " Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.

Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
  • Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf. 
  • Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah". 
  • Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  • Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud : " Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami "
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "
  • Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
  • Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
  • Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala 
  • Berkuasa / Kemampuan - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" [ Surah Ali Imran ayat 97 ]
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-

a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:-

" Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah SAW ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah SAW. menjawab: " Bekalan dan perjalanan " Riwayat- Daruqutni

b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.

Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah SAW. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali ". Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi

SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI

Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-
  1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:- " Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji : " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah SAW. bertanya kepadanya: " Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, " Belum ". Rasulullah SAW berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" [ Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah ]
  2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
  3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Makkah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya [ di Makkah ] nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.
  4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Rujukan Maya :
http://www.azim.com

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

hebat...

terima kasih share ilmu....

sumanya ada...

cuma ada satu je aku nak komplen..

heh, kalo tak komplen bukan aku la tu..

tak ada larangan psl apa yg tak patut di buat selepas ibadah haji...

jd tolong cover sikit psl isu tu...

cth.. org kita lps haji pegi ziarah tempat yg penah kena laknat...

tolong cover skali perbezaan pndpt ulama psl nih..

rasullulah jugak mengelak dr lalu tempat yg penah di laknat...

kalo utk pengajaran..
apsal yg balik tetap buta hatinya..
tak tau beza yg baik dgn yg buruk..
yg benar dgn yg salah....

hudud & civil, ulama & pendusta, pniagaan & riba, sunnah & bidaah khurafat, wajib & haram....

dan mcm2 lg lah masalah dlm masyarakat islam kt m'sia nih..

tolong aaa ringgo...

ok, ringgo... lu cool...

Ringgo said...

tq bro KANDIS InsyaAllah akan datang kenapa semua ni terjadi kepada Haji & Hajjah kita ..

tima kasih skali lagi bro..

Anonymous said...

TQ

Unknown said...

selamat menunaikan ibadah Haji pada semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...