Syari'at Islam mewajibkan solat dengan syarat seseorang itu bersih dari hadas kecil, iaitu berada dalam keadaan wudhu'. Apabila seseorang itu tidak menemui air atau kekurangan air bagi tujuan berwudhu' maka dibolehkan dia bertayamum dengan menggunakan debu tanah sebagai agen penyuci. Kemudahan ini tertulis di dalam al-Qur'an : Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]
Tayamum dibolehkan dalam apajua suasana yang menyebabkan kesukaran bagi seseorang itu untuk menggunakan air seperti biasa. Antara contoh-contoh kesukaran tersebut adalah:
1. Apabila seseorang itu tinggal di tempat yang sememangnya tiada air, seperti di negara-negara yang dilanda kemarau panjang. Maka dia boleh bertayamum. Tayamum dibolehkan samada di perkampungan asal mahupun di kala perjalanan. Ia tidak disyaratkan oleh suasana musafir.
2. Tayamum juga dibolehkan bagi seseorang yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan air sekalipun dia sedia mengetahui bahawa air itu ada. Antara kesukaran yang dimaksudkan ialah sumber bekalan yang tersangat jauh, tidak mempunyai timba untuk mencedok air dari perigi, sungai yang di sekitarnya berkeliaran dengan binatang buas, air yang telah dicemari dengan bahan kimia, air yang terlalu sejuk, air yang dijual dengan harga yang tidak mampu dibelinya dan berbagai lagi.
3. Tayamum juga dibolehkan apabila bekalan air yang sedia ada adalah sangat terhad dan hanya mencukupi untuk dijadikan air minuman kepada si-Tuannya.
4. Tayamum juga dibolehkan jikalau seseorang itu meyakini bahawa jikalau dia terus mencari air, waktu solat akan berakhir padahal dia masih belum melaksanakannya.
5. Tayamum juga dibolehkan bagi seseorang yang tidak boleh menyentuh air disebabkan oleh kecederaan tubuh badannya.
Cara bertayamum ialah sebagaimana ajar Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Sesungguhnya cukuplah engkau mengerjakan sebegini - Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menepuk tanah dengan kedua tapak tangannya kemudian meniupnya kemudian menyapu muka serta tangannya dengan kedua tapak tangannya itu. [1]
Tayamum hendaklah dengan menggunakan debu tanah yang bersih yang berasal dari bumi sepertimana firman Allah Azza waJalla : …kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…[Maksud surah al-Maidah 05 - 06] dan juga dari sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam : Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.[2]
Daripada dua dalil di atas telah ditentukan bahawa agen penyuci yang dibolehkan bagi etika tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Ulama-ulama fiqh telah memperluaskan maksud debu tanah mukabumi ini kepada tanah dan jenis-jenisnya, pasir, kerikil, debu arsenik dan kapur.[3] Apabila hendak bertayamum seseorang itu perlu memastikan bahawa yang akan digunakan itu adalah debu tanah mukabumi dan bukannya debu-debu habuk partikel udara yang kebanyakkannya merupakan sisa kumuhan kimia yang terapung lalu melekat di dinding, perabut atau tingkap bangunan.
Sesetengah pendapat membolehkan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berupa debu, tanpa mengira samada ia berasal dari bumi atau tidak. Pendapat ini membolehkan bertayamum dengan tepung gandum, bedak talkum, serbuk kayu, habuk-habuk yang berada di atas perkakas rumah dan sebagainya. Ada juga yang menambah, apa sahaja bentuk debu yang ditemui di mukabumi ini maka ia boleh digunakan sebagai agen untuk tayamum.
Pendapat ini menurut analisa penulis adalah tidak tepat kerana ia jelas menyalahi ketentuan syara' yang menyatakan bahawa yang dibolehkan untuk tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Perkataan tanah debu di dalam al-Qur'an berasal dari kata Bahasa Arab yang asalnya bererti tanah.[4] Oleh itu apabila Allah telah memerintahkan :……hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih ……[Maksud surah al-Maidah 05 - 06] , maka yang dimaksudkan ialah tanah mukabumi ini dan bukan sebarang jenis debu-debu yang tidak berasal dari tanah mukabumi. Hal ini diperincikan lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang telah bersabda: ……dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci ……[5]
Imam Ibnu Ruysd seterusnya menambah : Pendapat yang mengatakan kebolehan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berada di atas mukabumi adalah lemah. Sebab tidak semuanya itu termasuk dalam kategori 'debu tanah'. Sebab kata 'debu tanah' yang umum itu diertikan sebagai apa yang disebut sebagai bumi. Dengan demikian ia bukanlah diertikan sebagai kapur atau salji atau rumput (dan sebagainya). Allah sahajalah dalam segala hal yang akan menunjukkan kebenaran.[6]
Oleh itu jelaslah kepada kita yang diperbolehkan sebagi agen tayamum ialah debu-debu yang mempunyai unsur semulajadi dari bumi, bukan apa sahaja yang wujud di atas mukabumi ini atau dicipta oleh teknologi manusia.
Berbeza pula hukumnya dengan seseorang yang tidak menemui air dan debu tanah, maka atas dasar kesukaran dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan, mungkin boleh dipertimbangkan , sebagaimana yang dinyatakan oleh sesetengah pendapat, penggunaan sesuatu lain sebagai agen tayamum seperti bedak talkum dan sebagainya. Walaubagaimanapun penulis tidak menemui mana-mana kitab fiqh Islam dari mana-mana mazhab, sekalipun mazhab Shi'ah, yang membolehkan bertayamum dengan sesuatu selain debu yang berasal dari bumi.[7] Sebaliknya yang dibolehkan dalam kitab-kitab fiqh muktabar ialah meneruskan perlaksanaan solat sekalipun tanpa wudhu' atau tayamum jikalau keduanya tidak dapat dilakukan, sepertimana yang akan dihuraikan dalam bab berikut nanti.
Terdapat pula segelintir pendapat lain yang mengatakan boleh bertayamum dengan air apabila tidak ada debu tanah atau apabila air tidak mencukupi. Contohnya apabila seseorang itu hendak berwudhu' dalam pesawat terbang tetapi menghadapi masalah kekurangan air dan mengalami kesukaran suasana ruang yang sempit maka dia dibolehkan dengan hanya membasuh kedua tangan serta mukanya sahaja. Pendapat ini adalah hasil rumusan hukum serta kaedah antara bab wudhu' dan tayamum. Analisa penulis terhadap pendapat ini tidak membuahkan sebarang bukti sokongan dari sumber-sumber al-Qur'an mahupun as-Sunnah malah ianya juga bertentangan dengan kaedah penukilan hukum dari ilmu Usul al-Fiqh. Bagi wudhu' atau tayamum telahpun ditentukan agen penyucinya secara jelas oleh syari'at dan menyilang atau mencampur-aduk antara keduanya jelas menyalahi ketentuan syara'.
Apabila seseorang itu benar-benar menghadapi kekurangan air atau kesukaran menggunakan air dan pilihan bertayamum pula tidak ada maka dia tetap wajib berusaha untuk melengkapkan wudhu'nya sesempurna mungkin dengan apa yang ada atau terdaya. Syari'at Islam memaafkan seseorang itu jikalau dia benar-benar tidak berjaya mematuhi segala hukum-hukum agama dengan sempurna atas sebab-sebab yang tulen tetapi as-Syari'at tidak sekali-kali membenarkan manusia mengubah atau meralat hukum-hukum ketentuannya.[8]
Cara Bertayammum
1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.
Catatan:
Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.
Syarat Sah & Rukun Tayammum
Syarat-Syarat Sah Bertayammum
Rukun Tayammum
Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
Bahan Untuk Bertayammum
Debu tanah yang bersih iaitu:
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.
Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.
1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.
Catatan:
Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.
Syarat Sah & Rukun Tayammum
Syarat-Syarat Sah Bertayammum
- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
- Tanah debu yang suci.
- Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
- Ada qasad / niat penggunaan tanah.
- Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
- Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
- Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
- Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.
Rukun Tayammum
Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
- Menyapu Muka.
- Menyapu Tangan.
- Tertib.
Bahan Untuk Bertayammum
Debu tanah yang bersih iaitu:
- Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
- Tidak dikategorikan sebagai abu.
- Suci dan tidak bernajis.
- Tidak musta’mal.
- Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.
Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.
Kesimpulan
1. Apabila seseorang itu menghadapi kesukaran menggunakan air maka dia dibolehkan bertayamum sebagai ganti berwudhu'.
2. Bertayamum ialah menyapu kedua tangan serta muka dengan debu tanah atau apa-apa yang asalnya adalah debu tanah mukabumi.
Artikel dari :
http://hafizfirdaus.com
http://tayamum.blogspot.com/
http://tayamum.blogspot.com/
[1] Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0208.
[2] Maksud hadith riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih - 1/725/0186.
[3] Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopedia Fiqh, 1/196.
[4] Imam as-Suyuti - Tafsir Jalalain, 1/451, Shaikh M. Ali ash-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum dalam al-Qur'an, 1/951.
[5] Maksud hadith riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih - 1/725/0186.
[6] Imam Ibnu Ruysd - Bidayatul Mujtahid, 1/143. Dalam kenyataannya ini Imam Ibnu Ruysd tidak memandang kapur sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk bertayamum. Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh lain berpendapat kapur itu dibolehkan kerana ia adalah juga suatu haslan asli dari bumi ini. Yang dimaksudkan kapur itu adalah debu-debunya yang dikikis dari bukit-bukit batu kapur sebagaimana yang banyak terdapat di negara kita.
[7] Dr. Laleh Bakhtiar - Encyclopedia of Islamic Law: A Compendium of Views of The Major Schools, pg 53-61.
[8] Lihat penerangan Imam asy-Shaukani dalam - Nail-ul-Authar, 1/589.
4 comments:
klu x di praktikan ..lama2 leh lupa cara2 ni
klu x di praktikan ..lama2 leh lupa cara2 ni
tul tu bro keonn ...
itulah indah dan mudahnya Islam ..
takdak ayaq pon leh solat ..
tak nak solat ? macam2 alasan ada ..
Menyadarkan akan asal manusia diciptakan, bahwa dirinya diciptakan dari tanah. Ini berarti menuntut manusia agar bersifat merendahkan diri dan tidak berlaku sombong.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Cara Post mortem ayam dan lain2 burung
Post a Comment