| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, May 31, 2011

Barang Naik!!! Apa barang ...

Photobucket

mulai esok 1 Jun 2011 kita rakyat malaysia akan menikmati tarif baru elektrik .. kerajaan malaysia mengingatkan peniaga² di malaysia agar tidak menaikkan harga makanan & perkhidmatan diatas kenaikan elektrik , minyak , gula , petroleum dan lain² lagi .. tapi adakah TNB & syarikat gergasi lain yang berkenaan juga bukan peniaga .. sebab yang membuat keuntungan itu dan yang mendapat untung adalah mereka yang berniaga @ peniaga .. harga kos semakin naik tapi untung depa pun semakin naik .. yang didahulukan membayar adalah mereka dan keluarga mereka juga ..



Photobucket

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menjangkakan keuntungan bersih pada tahun kewangan ini jatuh disebabkan oleh peningkatan harga arang batu selain pertumbuhan perlahan permintaan elektrik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Ketika ditemubual oleh Dow Jones Newswires, Che Khalib melihat cabaran tersebut akan berterusan tahun hadapan berikutan permintaan arang batu dan gas yang semakin meningkat didorong oleh kekacauan di Asia Barat serta krisis nuklear yang melanda Jepun.

Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2010, TNB mencatat keuntungan bersih sebanyak RM3.2 bilion menerusi perolehan berjumlah RM30.32 bilion. Baca lagi ..



Petronas

KUALA LUMPUR 2 Mac 2011 - Petroliam Nasional Bhd ( Petronas ) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM30.149 bilion dalam tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding RM20.528 bilion pada suku yang sama pada 2009. Perolehan meningkat 12.4 peratus kepada RM60.041 bilion berbanding RM53.436 bilion sebelumnya berikutan jumlah serta harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2010, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM69.746 bilion berbanding RM51.733 bilion pada tempoh yang sama pada 2009.Perolehan syarikat meningkat 15.8 peratus kepada RM175.586 bilion berbanding RM151.612 bilion sebelumnya.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, syarikat itu terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga meskipun kos semakin meningkat dan impak pengukuhan tinggi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

"Prestasi keseluruhannya meningkat yang ditunjukkan menerusi peningkatan pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan syarikat di sini hari ini. Baca dari Sumber ..



Gula

Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda
Felda, melalui MSM Holdings, mencatatkan keuntungan RM232 juta daripada gula pada 2010 dan oleh itu, mampu menyerap potongan subsidi . DAP menuduh kerajaan pusat menaikkan harga gula untuk meningkatkan keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Felda ).

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenaikan harga gula secara langsung akan meningkatkan pendapatan Felda melalui pemilikannya dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu cabang pengeluaran gula bagi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Lim berkata, memandangkan MSM telahpun mencatatkan keuntungan sebanyak RM232 juta pada 2010, maka Felda mampu menyerap sebarang potongan subsidi oleh kerajaan. Ini ekoran pengumuman Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa kenaikan RM0.20 harga gula sekilogram, akan menjimatkan kerajaan perbelanjaan RM116.6 juta setiap tahun. Baca lagi dari sumber ..

Hapuskan subsidi terpaksa naikkan harga supaya Kerajaan Pusat Untung besaq !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...