| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, May 28, 2011

Jeram Toi , Seremban , Negeri Sembilan .

Jeram Toi

ni tempat aku masa kecik2 dulu aa .. dulu takda apa2 kemudahan apa pon .. tapi sekarang dah macam2 ada ..
Terletak di Hutan Simpang Berembun , Keluasan 3.4 ha , Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit .

Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : 
  • Air Terjun 7 tingkat (Sungai Batang Toi) ,
  • Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk ,
  • Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta ,
  • Lengkap dengan kemudahan tandas &  surau ,
  • bilik persalinan serta ‘boardwalk’.


Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga .
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
Aktiviti yang disediakan selain mandi-manda ialah :
  • berkelah , 
  • trekking , 
  • berkhemah , 
  • penyelidikan dan sight-seeing.

Nama Jeram Toi .
Asal nama Toi adalah daripada nama Tok Batin Orang Asal yang menghuni kawasan hutan ini pada masa dahulu iaitu Tok Batin Toi .

DARAT

Terdapat 3 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:
  • Seremban - Kuala Klawang
  • Jempol - Simpang Pertang
  • Genting Peras – Titi

Dari Seremban – Air Terjun Jeram Toi
Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke  Air Terjun Jeram Toi dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja .

Dari Jempol – Simpang Pertang
Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang melalui jalan Bukit Petasih ke pekan Kuala Klawang untuk ke Jeram Toi dan  hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan.

Dari Genting Peras – Titi
Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau untuk terus ke Jeram Toi .

Sesuai untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu atau cuti² sekolah ini dengan kos yang rendah . Kawasan yang dikelilingi alam rimba penuh dengan flora dan fauna yang terpelihara .

Photobucket

Photobucket

Photobucket

<Photobucket

JeramToi

JeramToi

JeramToi

JeramToi

Photobucket

Jom ke Jeram Toi ..

5 comments:

ellieandcarl'sstories said...

macam dekat kancing.. tp x derk la smpi 7 tingkatt heeee

Ringgo said...

kalau mandi tu larat ke tingkat 3 ke 4 ja .. yang lain tu jauh sangat nak pi..

Online Education Rocks said...

Bagus sekali

Top Business Careers said...

indah sekali pemandangan dan air terjunnya

Home Improvement Albania said...

terima kasih infonya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...