| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, May 25, 2011

ZUNAR !!!

Photobucket

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI). Award tersebut ialah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning. Majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai depan .


CRNI merupakan satu badan NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Badan itu mewakili ratusan editorial kartunis seluruh dunia yang berperanan melindungi kartunis yang ditekan kerana karya mereka .

Zunar yang baru menyambut hari lahirnya ke 50  sebelum ini dikenali sebagai seorang kartunis yang berani menampilkan karya yang tajam dengan sindiran dan kritikan  terhadap pemerintah Umno-Barisan Nasional.
Beliau pernah ditangkap dan bermalam di balai  polis pada 24 September 2010, sebelum bukunya ‘Cartoon-o-phobia’ dilancarkan pada malam itu.

Photobucket

Zunar ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku tersebut yang didakwa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk NGO mengecam tindakan tersebut. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri turut mengharamkan dua lagi karya Zunar berjudul 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Photobucket

Tekanan Kerajaan merupakan salah satu faktor kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga  kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010. Kedudukan itu yang terendah sepanjang tempoh sembilan tahun dalam senarai 178 negara.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...