Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut :
Pertama:
Seseorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat . Kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah SAW bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“ Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang ( dari jatuh bangunan ) , sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak ( sekiranya jatuh ). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi SAW bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“ Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar. ” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi SAW bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“ Tidur subuh menegah rezki. ” (Hr Ahmad – sanad lemah) . Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“ Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur .”
Keenam:
Tidur sebelum Isya . Kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“ Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya. ” (Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi SAW bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya. ” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang.
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “ Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya .” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi SAW lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “ Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi SAW bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“ Allah merahmati lelaki yang bangun malam , menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan , dia akan merenjiskan air pada muka isterinya . Allah merahmati wanita yang bangun malam , menunaikan solat dan mengejutkan suaminya . Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya." (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)
Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi SAW bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“ Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam ( sebelum subuh ), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
Rujukan : Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
4 comments:
bgusnya~~~ suka yang nie :D
ringgo...sori baru dpt keentry ringgo mama bzzz sikit!!!..mama keluar kawasan lagi n kejap lagi nak keluar juga...suka ngan info ni!!..thanks ya ringgo..
PK mesti suka tido je ni .. hehehe
takpe mama A take ur time .. keluar kawasan ngan papa n yee..
Post a Comment