PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah mengeluarkan kadar yang tertentu daripada makanan asasi dengan sebab jatuhnya matahari akhir Ramadhan dengan syarat yang tertentu.
Dalil Zakat Fitrah:-
Firman Allah Taala yang bermaksud : " Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan diri (mengeluarkan fitrah) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama tuhan (ucap takbir) serta mengerjakan solat ." [ Surah Al A'laa : 14-15 ] Ayat ini diturunkan mengenai kewajipan zakat Fitrah
Kata Abdullah bin Omar, “ Bahawasanya Rasulullah mewajibkan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia satu gantang tamar, atau syair, ke atas tiap-tiap orang merdeka, hamba, lelaki atau perempuan dari kalangan orang Islam. [ Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Orang Islam
- Hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walaupun sekejap
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu mengeluarkan Fitrah :-
HARUS dan sah dikeluarkan apabila masuknya bulan Ramadhan dan hari-hari sepanjang bulan Ramadhan
WAJIB ditunaikan selepas jatuh matahari akhir Ramadhan
SUNAT dikeluarkan di pagi hari raya sebelum solat sunat Raya
MAKRUH dikeluarkan selepas solat Raya
HARAM dikeluarkan lepas hari raya, dan wajib Qadho.
Lafaz Zakat Fitrah
1 comment:
bagus entry Ringgo ni saling ingat mengingatkan !!..semuga semua dpt pengajaran dari sini...
Post a Comment