Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu .
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
- Sunat Rawatib yang "Muakkad"
- Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
- Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.
Solat Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.
Solat sunat Rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu mu’akkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat tentang jumlah rakaat solat Rawatib yang mu’akkad sama ada jumlah keseluruhannya dua belas atau sepuluh rakaat.
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, " Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah SAW dua rakaat sebelum Zohor dua rakaat sesudahnya , dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh." [ HR Bukhari-Muslim, Bukhari 1118, Muslim 729 ]
Dari Aisyah ra,
" Barangsiapa yg secara konsisten melaksanakan 12 rakaat solat sunnat, akan dibangunkan rumah di Syurga : 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya; 2 rakaat sesudah maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyaa' dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." [HR atTermidzi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih atTermidzi, no 414.] hadith Ummu Habibah juga menetapkan 12 rakaat (HR atTermidzi, no 415, dinilai sahih al-Albani).
Dari Aisyah ra,
" Barangsiapa yg secara konsisten melaksanakan 12 rakaat solat sunnat, akan dibangunkan rumah di Syurga : 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya; 2 rakaat sesudah maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyaa' dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." [HR atTermidzi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih atTermidzi, no 414.] hadith Ummu Habibah juga menetapkan 12 rakaat (HR atTermidzi, no 415, dinilai sahih al-Albani).
NIAT SOLAT RAWATIB
Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ ( قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat ( Zohor / Asar / Isyak / Subuh ) dua rakaat ( Sebelum / Selepas ) kerana Allah Taala.
No comments:
Post a Comment