1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, jangan tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
- TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
- 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
- HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
- SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
- PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI ( JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH )
- PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
- PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
- PUASA WANITA YANG HAMIL
- PUASA ORANG YANG MUSAFIR
- PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
- PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
- PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
- PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
- PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. Orang yang mengerjakan puasa wajib dikehendaki berniat puasa pada waktu malam adapun puasa sunnat boleh berniat pada pagi hari sebelum tergelincir matahari ( belum masuk waktu zohor ) dengan syarat belum melakukan perkara-perkara membatalkan puasa .
4. Niat puasa tidak semestinya dengan melafazkan dalam bahasa arab , memandai melintaskan dalam hati dengan apa-apa juga bahasa yang kita fahami , iaitu bahawa kita hendak melakukan puasa ( sebut jenis puasa ) pada hari esok ( jika niat pada malam hari ) atau pada hari ini ( jika berniat pada waktu dinihari atau waktu sahur atau pada sebelah pagi selepas subuh jika puasa sunnat )
No comments:
Post a Comment