Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang timbul dalam masyarakat.
Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.
Baginda menyarankan demikian ketika menyampaikan titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53 yang bermula malam tadi hingga 23 Julai. Majlis berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong Tuanku, Nur Zahirah turut berangkat.
Majlis itu disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen ke seluruh negara. "Beta percaya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah, perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.
"Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara. "Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar namun harus kita fahami ini bukanlah bermakna Islam menolak perbezaan pendapat kerana Islam mengharuskan kepelbagaian pendapat tentang sesuatu perkara untuk menghasilkan kebaikan," titah baginda.
Pada tahun ini, seramai 81 peserta terdiri daripada 50 qari dan 31 qariah dari 50 negara bakal memperdengarkan bacaan mereka dalam seminggu ini. Malaysia diwakili oleh qari Amirrahman Abas dan qariah Suraya Abu Hassan yang muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak.
Dalam titah itu, baginda juga mengingatkan umat Islam agar menggunakan pendekatan bijaksana dengan mengutamakan rundingan sesama mereka.
"Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan pasti ada penyelesaian manakala penyelesaian yang dicapai hasil daripada pendekatan dengan cara berhemah mengikut cara Rasulullah adalah yang lebih mulia dan terpuji di sisi Allah," tegas baginda lagi.
Tuanku Mizan bertitah untuk itu, umat Islam perlu menghayati perihal Rasulullah SAW yang telah menunjukkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara.
"Hendaklah mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warganegara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan.
“Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah mewajibkan semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah," titah baginda.
Daulat Tuanku ..
Allahu Akbar!!!
2 comments:
betul kata baginda !!..jika kita betul2 berpandu kepada A-Quran & hadis insyaallah segala2nya akan ok !!..suka tenguk baginda dan permaisuri agung yg memakai tudung...cantik sangat..
ya mama A .. setuju dengan SPBYDP Agong .. cth yg berjiwa Islam walaupun berdarjat ..
Post a Comment