| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

Photobucket

KUALA LUMPUR, 9 Julai : Timbalan Menteri Pelajaran , Datuk Saifudin Abdullah mengakui " banyak perkara yang perlu diperbaiki " oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.
Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider,  Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( Suhakam ) bagaicara menangani perhimpunan aman.

" Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu. Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil. Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Photobucket


Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan  di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai. Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau. Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

4 comments:

Anonymous said...

bagi aku, kerajaan perlu beri peluang kepada BERSIH ni..tuntutan diorang bg aku bukan untuk kepentingan diri.Contoh rasuah la..aku tngok rasuah still berlaku..so mmg patut pun rasuah dihapuskan!

this is my opinion la..=)

mama aini said...

mama tak pandai berpolitik...hanya beri pendapat..kerajaan dah beri peluang..mereka masih berdegil..kenapa nak buat perhimpunan kat tempat n kawasan org2 melayu cari makan?..saja nak sabotaj org2 melayu...dalangnya siapa ..Ambiga ..YD Agung dah beri nasihat ..tak nak dengar..kita pulak org melayu dok sokong dia apa makna?..kita org islam...ini bukan caranya..hu..hu..

Ringgo said...

> anony.. : betul tu .. tapi bukan hanya kepada BERSIH sahaja kepada seluruh rakyat malaysia yang memberi amanah kepada mereka untuk mentadbir negara malaysia ini dengan adil dan saksama , telus dan amanah dalam segala hal ..
senarai undi yang terlalu kotor ..
undi pos yang tiada pilihan memilih..
akses media hanya satu pihak sahaja ..
Terang2 Malaysia tersenarai tinggi dalam negara didunia yg mengamalkan RASUAH .. walaupun agama rasmi adalah Islam ..

ini juga lah pendapat saya.. maaf jika tersinggung ..

Ringgo said...

> Mama A .. : saya pon bukan orang politik cuma ada pendapat sebagai rakyat malaysia yang mengundi dengan sah ..
Kerajaan beri peluang kat mana ?
364 hari orang melayu cari makan setahun , BERSIH hanya 1 hari berhimpun dalam setahun dan dah diumumkan lebih awal utk tarikh 9 julai 2011 perhimpunan BERSIH 2.0 satu dunia tau bukan nak sabotaj ..
Kenapa kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang perhimpunan BERSIH , kenapa tidak mengarahkan pihak polis memantau perjalanan perhimpunan untuk menghantar memorandum BERSIH dengan selamat dan teratur tanpa menganggu orang lain seperti yang disarankan YDP Agong ..?
Bukan Ambiga yg saya sokong tapi tuntutan BERSIH 2.0 adalah untuk kepentingan rakyat malaysia keseluruhannya bukan untuk ambiga dan kaum2nya shj..
Apa yang dituntut adalah ..
- membersihkan senarai undi yang terang2 kotor
- menyusun semula undi pos ..
- akses media yg adil dan bebas ..
- menghapuskan RASUAH yang terang2 malaysia tersenarai tinggi dalam senarai didunia negara yang mengamalkan rasuah ..
- menggunakan dakwat kekal
- mengukuhkan instistusi awam
- menghentikan amalan politik kotor

sememangnya kita orang Islam dan bukan ini cara sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam membalas permintaan rakyatnya ..

demokrasi kah negara kita ..
Pemerintahan macam ni kah yang dituntut dalam Al-Quran & Hadis ..

maafkan saya , ini adalah pandangan n pendapat saya yang tinggal di kampung ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...