| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Sunday, July 10, 2011

Umar Al-Khattab Memeluk Islam ..

Photobucket


Nama sebenar : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab

Nama Ibu : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.

Gelaran : Al-Faruq

Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)

Tarikh lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)

Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua

Tarikh Lantikan : 634M

Tempoh Jawatan : 10 tahun

Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M

Umur : 63 tahun

Semasa sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW. .

Sifat Peribadi Umar al-Khattab

Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : " Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : " Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya "

Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : " Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya ". Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : " Benarkah mereka berkata demikian ?" " Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ? "

Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : " Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : " Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : " Tidak " Kata Umar lagi : " Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku "

Menurut Barrak bin Makrur : " Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata beliau : " Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya "


KeIslaman Saidina Umar
Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; " Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam " Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : " Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab "

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : " Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : " Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : " Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : " Benar "

Aku berkata lagi : " Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ? "

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !

Dengan Islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

2 comments:

mama aini said...

istimewa sekali Umar b khattab ini..

Ringgo said...

yang teristimewa dalam Sejarah Islam ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...