Sekadar gambar hiasan
Sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.
BANDA ACEH - Dua pasangan yang didapati bersalah kerana melanggar syariat Islam di kawasan Banda Aceh menjalani hukuman 9 kali rotan oleh Mahkamah Syariat Aceh Besar pada Jumaat 8 April 2011 di depan Masjid Al-Munawarah, Jantho, Kabupaten Aceh Besar. .
Sekadar gambar hiasan
Ini pula kisah sebelumnya di Jantho juga, sepasang kekasih yang masing-masing telah berkahwin iaitu Anis Saputra (24) dan Kiki Hanafilia (17) dirotan masing-masing 8 kali di halaman Masjid Al Munawarah, Jantho, Aceh Besar, Jumaat 10 Desember 2010 kerana berkhalwat.
Sebelum itu ada lagi hukuman rotan terhadap dua wanita, Murni dan Rokiah kerana kesalahan menjual nasi di bulan puasa. Murni dan Rukiah, masing-masing menerima hukuman rotan 3 kali dan 2 kali tiap-tiap seorang.
Sekadar gambar hiasan
Hukuman rotan di Aceh dimulakan sejak tahun 2004 lagi.
SHAH ALAM - Kartika Sari Dewi Shukarnor dijatuhi hukuman enam (6) sebatan dan denda RM5,000 pada Julai 2010 tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang tetapi diganti kepada khidmat masyarakat selama tiga minggu atas titah Sultan Pahang.
Adakah kita negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam ? ..
Adakah kita negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam ? ..
4 comments:
kalau kat m`sia hukuman spt ini dijalankan mesti takut org nak berkhalwat kan Ringgo ?..he2x..
tapi kenapa m`sia tak laksanakan hukuman spt di aceh ek?...
tul tu Mama A .. tu sbb aa jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi di malaysia ni .. hukum Al-Quran semakin ditinggalkan sedangkan hukum tu lah yang akan mendidik manusia menjadi manusia yg lebih baik dan dunia menjadi lebih aman ..
kalau kita bandingkan negara yang mengamalkan hukum Al-Quran & Hadis.. jenayah & maksiat mereka memang rendah ..
semoga suatu hari nanti hukum Allah terlaksana....
InsyaAllah Khai ..
Kelantan hampir melaksanakan Hukum Hudud & Qisas tetapi dihalang oleh kerajaan Pusat ..
Post a Comment