Macam mana nak pasang D-link DSL 2640B ni @ Modem + router . sebab aku baru ja tukaq hat lama dengan hat ni ..hat bleh guna router dengan wireless skali .. senang nak guna kat umah anak² suma pakat ada laptop .. 24 jam online ni ..
D-Link 2640B menggunakan 2 cara untuk berkomunikasi dengan komputer angpa : Network ataupun Wireless. Komputer angpa perlukan wireless adapter kalau nak disambung melalui Wireless Laptop ada siap² dah ...
Memasang Perkakasan Angpa
1. Pasangkan microfilter yang disediakan ke soket telefon angpa . Angpa perlukan microfilter untuk setiap perkakasan yang menggunakan talian telefon angpa .
2. Pasangkan kabel telefon kelabu ke soket microfilter yang bertanda DSL.
3. Pasangkan hujung yang lagi satu kabel telefon kelabu ke soket DSL di belakang router .
4. Pasangkan plug power adapter dan hidupkan router dengan tekan butang yang kat belakang router tu .
5. Lampu power akan sentiasa menyala merah dan lampu DSL akan berkelip . Tunggu sehingga ia berhenti berkelip dan bertukar hijau sepenuhnya sebelum meneruskan bahagian seterusnya .
1 - Power soket and switch. 2 - Ethernet ports (1-4) - 3.DSL soket.
Memasang Network D-Link 2640B angpa
1. Pasangkan kabel Network/Rangkaian ( RJ45 ) ke salah satu dari 4 port D-Link 2640B angpa .
2. Pasangkan hujung yang satu lagi ke port Network/Rangkaian ( NIC ) di komputer angpa .
Memasamg D-Link 2640B Wireless angpa .
1. Pastikan wireless adapter card komputer angpa dipasang dengan baik dan berfungsi .
2. Gunakan utiliti wireless adapter connection atau dari My Network Places pilih sambung ke network/rangkaian .
3. D-Link DSL 2640B akan dipaparkan sebagai dlink . Pilih dan klik butang Connect .
Sambung ke internet
Lihat Video Panduan Bagaimana langkah-demi-langkah tutorial D-Link 2640B - Setup Guide .
Setelah router angpa siap dipasang , angpa kena configure pulak .
1. Buka web browser angpa dan taip http://192.168.1.1/ di address bar.
2. Login window akan keluar , masukkan username dan password dan klik Log in . Ikut kebiasaannya depa( mereka) tetapkan macam ni :
Username: tmadmin
Password: tmadmin
3. Selepas angpa login, klik butang Setup Wizard :
4. Klik next dan angpa akan diminta menukar password router angpa . Masukkan current password ( tmadmin) dan password yang baru , confirm kan dan klik next :
5. Di Select Internet Connection Type skrin pilih United Kingdom sebagai Country dan Others sebagai ISP Provider dan klik Next :
6. Masukkan username dan password, confirm kan password dan klik 'Next' ni yang angpa dapat dari ISP atau pun TM :
7. Akhir sekali Restart untuk reboot router :
8. Selepas router restart ia akan disambung ke internet. Untuk memastikan sambungan telah berjaya , lampu dihadapan router akan bertukar hijau sepenuhnya tanpa berkelip .
Memadankan Keselamatan Wireless .
Kemudahan Wireless telah di dipadamkan sementara dengan siapsedia pada D-Link DSL 2640B. Adalah satu idea yang bagus memadamkannya untuk menghalang penggunaan tanpa kebenaran ke rangkaian angpa.
1. Buka web browser dan taipkan http://192.168.1.1/ . Masukkan username and password yang kedua-duanya tmadmin.
2. Klik 'Wireless Setup' kat sebelah kiri page 'Setup' tu dan untuk masuk ke wireless settings klik butang 'Secure My Wireless Network' :
3. Di skrin ini angpa bleh tuka atau sembunyikan 'Wireless Network Name'. Kalau angpa rasa wireless signal terok boleh tukaqkan ke 'Wireless Channel' untuk memulihkan dia.
Kalau ikut standard encryption set kan ke 'none', disarankan tukaq ni ke WPA-PSK sebab ni adalah jalan yang paling selamat . Kunci WPA dan masukkan ke kotak dibawahnya . Kunci WPA ni semacam password juga . Set kan sekali ja dan angpa kena gunakannya untuk disambung ke mana² komputer atau games console ke wireless network angpa.
Selesai ja angpa Klik 'Apply Settings':
4. Selesai ja setting angpa kena sambung balik ke router tadi.
5. Gunakan wireless adapter's connection utility untuk scan networks yang ada . D-Link DSL 2640B angpa akan dipaparkan sebagai 'Wireless Network Name' yang angpa masukkan sebelum ni (atau dlink kalau angpa tak ubah sebelum ni). Pilih network angpa dan klik connect:
6. Angpa di minta masukkan password yang angpa buat di langkah 3 tadi
Enter, confirmkan dan klik 'Connect' untuk masuk ke wireless network angpa :
ok semuanya dah selesai .. selamat mencuba dan jom online..
Sumber : www.plus.net
No comments:
Post a Comment