aku nak cakap lebih² pon tak buleh wat pa dah .. memang depa ( diarang ) tak dengaq ( dengar ) pon .. cuma buleh cari jalan penyelesaian alternatif .. salah satunya JIMATKAN !!! penggunaan
Rumah adalah punca penggunaan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik angpa. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar @ kopek ( beg duit@wallet ) kita .
Berikut adalah cara-cara bagaimana angpa dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik angpa .

Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika angpa tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia/standby atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil . Lampu bilik ayaq tak payah aa pasang 24 jam .
Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 20 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda . Banyak pilihan mentol energy saver kat pasaran
Gunakan peti sejuk angpa dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.

Optimumkan penggunaan mesin basuh angpa
Basuh pakaian angpa menggunakan ayaq paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak . Jangan basuh pakaian angpa sikit² dengan guna mesin tu banyak kali . Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.

Selenggara unit pendingin hawa angpa
Bersihkan penapih udara pada pendingin hawa angpa kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum atau guna pada waktu tertentu saja watpa pasang sampai 24 jam sehari..

Sejukkan rumah angpa dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan tirai ( langsir ) bagi menapih sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda .

Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yang berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu .

Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. LCD monitor adalah lebih jimat penggunaan tenaga berbanding CRT monitor . Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Sumber : TNB BUZZ
No comments:
Post a Comment