Sakit gigi amat menyeksakan . Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
8) Boleh terus gi klinik jumpa doktor samaada amik ubat , tampal atau cabut terus ..
Sumber : 101 Petua
4 comments:
petua tok nenek kita ni..perubatan tradisional mmg mujarab
bro,gambo yg last tu dr klnik mano??..wa rase gerenti cpt baik pas jumpo dktor tu..hikhik
betul tu org muo .. dah beratus tahun diarang guna..
bro keli .. klinik itu khas utk lu saja ..
dulu penah gak kene skit gigi..gigi berlubng..tapi tak tahan sgt da...da gune petua pape pon..g kliknik krajaan trus p cbut...huhuhuh..
Post a Comment