| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, June 20, 2011

Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri

Makan Malam

Masjid Kota Damansara akan menganjurkan Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 27 Jun ini.


Program yang diadakan di pekarangan masjid itu bertujuan untuk memungut derma bagi mengisi dana pendidikan Madrasah Darul Iman (MDI), Bukit Payong, Terengganu.

Majlis bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah khas yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang merupakan penaung madrasah. Jamuan makan diadakan selepas solat Isyak.

Kupon yang berharga RM30 sebagai sumbangan kepada MDI yang dijual mulai sekarang boleh didapati dengan menghubungi pihak masjid di talian 03-6148 1136, 019-983 0705 (Nik Akbari) atau 010-400 4048 (Amirul) atau layari http://masjidkotadamansara.com/.

2 comments:

mama aini said...

Mama suka makan nasi dagang !!..menderma sambil beramal..satu perbuatan yg baik kan Ringgo..

Ringgo said...

ya betul tu mama , makan bersama ulamak sambil menderma ke jalan Allah serta mendapat ilmu yang berguna.. kan elok tu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...