
Syari'at Islam mewajibkan solat dengan syarat seseorang itu bersih dari hadas kecil, iaitu berada dalam keadaan wudhu'. Apabila seseorang itu tidak menemui air atau kekurangan air bagi tujuan berwudhu' maka dibolehkan dia bertayamum dengan menggunakan debu tanah sebagai agen penyuci. Kemudahan ini tertulis di dalam al-Qur'an : Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]