| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Pak Ngah Derih Kembali Ke Rahmatullah ..

Photobucket
pada malam tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuboran Masjid Al-Islah Kg Nawa pada jam 11 pagi tadi .. kami hanya sempat melawat beliau pada awal ramadhan tempohari .. masih lagi boleh bergerak walaupun dalam keadaan perlahan .. Jiran sekampong yang kami anggap sebagai keluarga kami juga

Friday, July 29, 2011

Tolong kami bantu kami ..

Photobucket
Pintu utama masuk kerumah

Romantiknya Rasulullah SAW Bersama Isteri-Isteri

Photobucket
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya " siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi?".Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, " Saya akan beritahu kamu kemudian."

Thursday, July 28, 2011

Rasulullah SAW Adalah Teladan Dalam Berumah Tangga

Photobucket
Meniti jejak Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga adalah sebuah kewajiban bagi setiap muslim yang menginginkan kebahagiaan dalam berumah tangga. Hal ini masuk dalam keumuman firman Allah SWT di dalam Al-Qur`an : Ertinya “ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Takdir Dalam Berumah Tangga

Photobucket
Memang masalah dalam berumah tangga adalah sebuah suratan taqdir yang mesti ada dan terjadi. Akan tetapi Allah Subhanahu wa ta’ala telah menurunkan syariat-Nya untuk membimbing ke jalan yang diridhai dan dicintai-Nya. Jalan yang akan mengakhiri masalah tersebut. Sebuah suratan yang tidak akan berubah dan tidak akan dipengaruhi oleh keadaan apapun.

Monday, July 25, 2011

Selamat Hari Lahir Haikal ..

Photobucket

Selamat Hari Lahir pada Muhammad Haikal Bin Yop yang ke 6 .. dah 6 tahun ka? ..

Saturday, July 23, 2011

Ziarah Kekanda ..

Photobucket
Jumaat 22 Julai 2011 menziarah kekanda hamba
di Kg Lalang , Gerik , Perak ..

Monday, June 20, 2011

Taati Ibu , Jangan Sakiti Hati Suami ..

Photobucket

Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya. Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Saturday, June 18, 2011

Sebagai Seorang Suami

Keluargasakinah

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan, iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu, rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Thursday, June 9, 2011

Kanser Payu Dara !!!

Kanser

" ini penyakit serius ni .." itu yang aku katakan pada isteri anak menakan( anak sedara ) aku pagi tadi sebab dia habaq ( bagi tahu ) adik dia disahkan mendapat penyakit kanser payu dara peringkat ke tiga ( kritikal ) . Oghrat ( urat ) disekeliling payu dara dia dah jadi biru .. kemungkinan kena potong ( bedah ) buang bahagian yang dah kena jangkiti barah/kanser tu .. dan Arwah emak aku pun menderita sebab barah ni hingga ajal dia 27 tahun dulu ..

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia :

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Wednesday, June 8, 2011

Alhamdulillah .. Tok Mbut kluaq spital..

HSB Respiratori

Setelah hampir 3 minggu mak mertua aku dok dihospital dan selama tu juga aku dan aayang (yang tgh sarat) berjaga malam jaga mak , siang adik beradik laen plak aa .. mula suspek TB sebab paru² yang luka/rosak tapi lepas tu doktor tak confirm plak sebab dah ok .. Alhamdulillah semalam doktor dah bagi balik ..

Thursday, May 26, 2011

Mak Mertua & Tibi

TB
Mak Mertua aku kena / disyakki dijangkiti penyakit Tibi , aku pon tak tau dari mana datangnya penyakit ni .. setau aku takda pon orang / sedara aku yang dekat² ni yang kena .. Mak mertua aku habaq dia takda pon tengok TV macamana bleh berjangkit ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...