| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Khalifa Al-Rasyidin. Show all posts
Showing posts with label Khalifa Al-Rasyidin. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Saiyyidina Ali Bin Abi Talib KRW

Photobucket
Saiyyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah SAW. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Saiyyidina Uthman Bin Affan

Photobucket
Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, [ kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa.] . Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Saturday, September 17, 2011

Saiyyidina Umar Al-Khattab

Photobucket
Nama sebenar adalah Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab . Nama Ibu ialah Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum . Digelar Al-Faruq dari Keturunan Arab Quraisy iaitu Kabilah Bani Adi . Dilahirkan 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah menurut Imam Nawawi . Dilantik sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang Kedua pada 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634M selama 10 tahun dan wafat pada tahun 23H @ 644M pada usia 63 tahun .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...