| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Saiz Pinggang & Penyakit Jantung

Photobucket
Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian. Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Saturday, August 27, 2011

Peria .

Photobucket
Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya . Peria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. 

Saturday, August 13, 2011

Pucuk Betik

Photobucket
Pucuk Betik mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita kerana mengandungi mineral dan vitamin seperti  A, C, B kompleks , B17, Vitamin K dan E .

Saturday, August 6, 2011

Kambing dan manfaatnya

Photobucket
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Wednesday, August 3, 2011

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

Photobucket
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

Thursday, July 21, 2011

Paracetamol / KK / Penadol ..

Photobucket
Tentunya angpa semua dah tau tentang ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam (antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).

Menjaga Buah Pinggang Anda...

Photobucket
Tahukah anda bahawa 5 dari setiap 100 orang akan menghidap batu buah pinggang di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kemungkinan mereka untuk mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Kesihatan buah pinggang adalah amat penting kepada kesihatan kita secara menyeluruh dan juga kepada panjang umur kehidupan kita.

Apa Potassium ?

Photobucket
Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Wednesday, July 20, 2011

Pisang Berkhasiat !!! ???

Photobucket
PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sunday, June 26, 2011

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Roti
Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi SAW. pernah bersabda " Jangan potong roti dengan pisau . hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu ".

Thursday, June 23, 2011

Pokok Beracun yang bahaya ..

Photobucket

Pokok bunga yang nampak cantik dan mudah untuk dijaga tetapi amat bahaya kepada kita terutamanya kanak2 .. kepada kaum pompuan yang suka menanam bunga kena ambil tahu dan berhati-hati dengan spesis bunga yang beracun ni ..


Khasiat Ulam Ulaman ..

Photobucket

Amalan makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ada juga yang tidak berselera makan jika tidak disertakan ulam atau sayur mentah, paling tidak, timun yang biasanya dicicah bersama sambal belacan.

Bawang Putih & Khasiatnya..

Bawang Putih

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. ( Nama saintifik Allium satvium ).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat / farmasi!

Wednesday, June 22, 2011

Sakit Gigi ..

Sakit gigi

Sakit gigi amat menyeksakan . Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

Tuesday, June 21, 2011

Makanan dari Taiwan ada DEHP?

China Town

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Sunday, June 12, 2011

Adab Makan ..

Photobucket


Setiap manusia hidup pasti memerlukan makan minum. Ini sudah menjadi keharusan, sebab tanpa itu tentu mati . Tetapi makan dan minum itupun wajib menurut aturanNya. Jangan asal suka ja , terus langgah (dimasukkan) ja  , sehingga perut menjadi sesak dan padat, penuh dan tidak ada longgaq ( longgar ) sama sekali.

Saturday, June 11, 2011

TB lagi ..

Photobucket

baru ja mak mertua aku lega (sembuh) dari penyakit ni .. dah ada lagi mangsa kat KL .. sesapa yang dok sekitar Ampang , KL , berjaga² dengan wabak ni .. bahaya woo!!


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Thursday, June 9, 2011

Kanser Payu Dara !!!

Kanser

" ini penyakit serius ni .." itu yang aku katakan pada isteri anak menakan( anak sedara ) aku pagi tadi sebab dia habaq ( bagi tahu ) adik dia disahkan mendapat penyakit kanser payu dara peringkat ke tiga ( kritikal ) . Oghrat ( urat ) disekeliling payu dara dia dah jadi biru .. kemungkinan kena potong ( bedah ) buang bahagian yang dah kena jangkiti barah/kanser tu .. dan Arwah emak aku pun menderita sebab barah ni hingga ajal dia 27 tahun dulu ..

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia :

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...