| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Jeram Gading

Photobucket

Lanskap indah dengan hutan hujan, sungai, dan air terjun berlatar belakangkan bukit-bukau dan gunung-ganang di sebelah timur berserta hamparan pantai berpasir di sebelah barat sudah cukup untuk menggambarkan Negeri Sembilan. Topografi Negeri Sembilan yang terletak di hujung banjaran utama utara selatan telah banyak mempengaruhi keindahan tanah tingginya.

Sunday, May 29, 2011

Baling , Kedah Darul Aman .

Photobucket

SEJARAH BALING

Si Raja Bersiung naik angin. Manis darah manusia membuat nafsunya membuak. la juga buat baginda jadi tidak keruan. Satu persatu rakyatnya jadi korban untuk titisan darah bagi memuaskan serakahnya. Lalu, dengan penuh kesungguhan, baginda mencabut dua siungnya. Dicabut, sekuat hati dan akhirnya siung yang pernah memuaskan nafsu namun digeruni manu­sia itu, tercabut dan dibaling jauh. Mitos barangkali, namun kesannya abadi. 

Saturday, May 28, 2011

Jeram Toi , Seremban , Negeri Sembilan .

Jeram Toi

ni tempat aku masa kecik2 dulu aa .. dulu takda apa2 kemudahan apa pon .. tapi sekarang dah macam2 ada ..
Terletak di Hutan Simpang Berembun , Keluasan 3.4 ha , Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit .

Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : 
  • Air Terjun 7 tingkat (Sungai Batang Toi) ,
  • Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk ,
  • Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta ,
  • Lengkap dengan kemudahan tandas &  surau ,
  • bilik persalinan serta ‘boardwalk’.

Wednesday, May 25, 2011

Kolam Ayaq Panaih Legong

Air Panas Lengong

Tempat yang patut angpa lawati dengan keluarga dan kawan2 .. suasana kampung .. kos rendah sempena nak cuti skolah ni .. mai jangan tak mai ..

sesapa yang datang akan dapat rasa sendiri nikmat khasiat berendam di dalam ayaq panaih semulajadi sama ada nak berenang di kolam yang disediakan atau sekadar rendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...