| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Tayamum ...

Photobucket
Syari'at Islam mewajibkan solat dengan syarat seseorang itu bersih dari hadas kecil, iaitu berada dalam keadaan wudhu'. Apabila seseorang itu tidak menemui air atau kekurangan air bagi tujuan berwudhu' maka dibolehkan dia bertayamum dengan menggunakan debu tanah sebagai agen penyuci. Kemudahan ini tertulis di dalam al-Qur'an : Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]

Saturday, October 22, 2011

Wuduk ...

Berwuduk merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadah yang pertama sekali dihisab di hari kiamat iaitu ibadah solat. Apabila wuduk seseorang itu tidak sempurna,maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadah solatnya. Bagi orang yang mengubah cara berwuduk tidak sesuai dengan sunnah Rasul, dalam hadis dikatakan bahawa mereka diancam dengan kebinasaan. Melihat kejahilan yang telah melanda kebanyakan umat ini, iaitu kejahilan untuk melaksanakan Al-Islam sesuai dengan sunnah yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita sebagai umat bahagian terkecil merasa tanggungjawab untuk turut menegakkan Ad-Din ini setakat keupayaan yang kita miliki. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. : ” Sampaikanlah sunnah dari-ku walaupun satu ayat ”. 

Friday, October 7, 2011

SOLAT JENAZAH

Photobucket
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-'Imran ayat 185 yang bermaksud " Setiap yang bernyawa pasti akan mati "

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : " Solatlah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." [Hadis Riwayat Ibnu Majah ]

Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Friday, August 26, 2011

10 WAKTU DIMANA RAHMAT KURNIA ALLAH SWT PALING HAMPIR

Photobucket
Para sahabat yang di rahmati dan diberkati Allah SWT , Allah SWT telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah SWT dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini manusia begitu dekat dengan Allah SWT , di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 waktu sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi SAW , iaitu :

Tuesday, August 23, 2011

Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara


Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud " Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...

Buktikan Cinta Kepada Allah Dengan Istighfar Dan Taubat

Photobucket
Firman Allah di dalam surah Fusshilat ayat 31 yang bermaksud, " Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, serta kamu akan dapat apa yang kamu minta.”

Monday, August 22, 2011

Istighfar Dan Taubat ..

Photobucket
Segala puji penuh cinta dan pengagungan hanya milik Allah semata-mata . Solawat serta salam semoga senantiasa Allah curahkan kepada Rasulullah SAW, keluarga, sahabat dan pengikut beliau yang setia hingga akhir zaman.

Sunday, August 21, 2011

Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

Photobucket
Diriwayatkan tentang Aswad bin Yazid an-Nakhaei bahawa beliau seorang yang gigih beribadah, dia berpuasa sehingga tubuhnya menjadi hijau pucat dan kekuningan.

Sunday, August 14, 2011

Indahnya Dhuha ..

Photobucket
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Saturday, August 6, 2011

Solat Qasar Dan Jama'

Photobucket
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut :

Solat Qasar
Takrifan :
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Wednesday, August 3, 2011

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

Photobucket
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

Thursday, July 28, 2011

Kesilapan Harian & Adab Dalam Solat ..

Photobucket
Alhamdulillah , dalam perjalanan kita menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.

Wednesday, July 27, 2011

Kesilapan dalam Ramadhan

Photobucket
Kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

Kelebihan Ramadhan ..

Photobucket
1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. “ Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,…. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Sunday, July 24, 2011

Puasa Ramadhan Oleh Ustaz Dato Ismail Kamus

Istimewanya Ramadhan

Photobucket
Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba hambaNYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Wednesday, July 20, 2011

Solat Sunat Rawatib

Photobucket
Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu .

Saturday, July 16, 2011

Berpuasa Tapi Tidak Solat ..

Photobucket
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Sebab Puasa Tidak Diterima Allah SWT ..

Photobucket
Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Saat itu malam Idul Fitri seperti biasanya Rasulullah SAW dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba-tiba Rasulullah SAW keluar dari kelompok dan menepi ke arah dinding. Kemudian Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) lalu Rasulullah SAW mengatakan : “Amin” sampai tiga kali.

Sunday, July 3, 2011

SUJUD DI LUAR SOLAT

Photobucket

SUJUD TILAWAH DI LUAR SOLAT
Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar solat iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam solat .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...