| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Saiz Pinggang & Penyakit Jantung

Photobucket
Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian. Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Wednesday, September 14, 2011

Sos DNA Khinzir @ Babi

Photobucket
Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Thursday, July 21, 2011

Dah Tukar JANTINA ???

Photobucket
KUALA TERENGGANU — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.





Monday, July 18, 2011

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Menyeru Rujuk Al-Quran Dan Hadis ..

Photobucket
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang timbul dalam masyarakat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.

Friday, July 15, 2011

KELCHEFF 2011

Photobucket
KOTA BHARU - Bazar Tok Guru, Kota Bharu yang menjadi lokasi rasmi Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KelCheff) 2011 bermula 14 hingga 23 Julai 2011 ini.
Pegawai Komunikasi Korporat KelCheff, Abdullah Suhaimi berkata, walaupun lokasi berkenaan kurang dikenali dalam kalangan penduduk luar bandar Kota Bharu, namun ia bakal bertukar wajah ketika berlangsungnya program yang menawarkan pelbagai makanan Muslim, khususnya dari negara China itu.

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

Photobucket

KUALA LUMPUR, 9 Julai : Timbalan Menteri Pelajaran , Datuk Saifudin Abdullah mengakui " banyak perkara yang perlu diperbaiki " oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Wednesday, June 29, 2011

Sewa Dua Rumah RM 49 JUTA setahun

Photobucket

Di negara kita Malaysia ni masih banyak lagi rakyat yang miskin walaupun berpendapatan tapi hanya untuk makan sahaja , untuk keperluan yang lain masih banyak yang tak cukup lagi , lebih2 lagi tempat tinggal atau rumah untuk didiami .. TAPI ada juga rakyat malaysia yang kaya raya dan rumah bernilai berjuta-juta ringgit..

Monday, June 27, 2011

RM 25 Juta Kos Lawatan Rasmi

Photobucket

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan dana kerajaan dan rakyat sebanyak  RM 25,138,978.65 @ RM 25 JUTA hanya untuk Lawatan Rasmi Pemimpin Kerajaan bersama Isteri ke luar negara dalam masa tak sampai 4 tahun .. Apakah kos perbelajaan lawatan ini begitu tinggi sebegini atau sebaliknya .. Perlukah lawatan rasmi ini membelanjakan dana kerajaan & rakyat sebegini banyak ? Kos lawatan semakin bertambah setiap tahun .. terkejut pon ada aku baca berita ini .. melawat ke apa ni ..

APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti

Obesiti ialah keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.

Tuesday, June 21, 2011

Makanan dari Taiwan ada DEHP?

China Town

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Monday, June 20, 2011

Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri

Makan Malam

Masjid Kota Damansara akan menganjurkan Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 27 Jun ini.

Hukum Menyambut Hari Bapa , Ibu ..

Photobucket

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun dan Hari Bapa pada 19 Jun setiap tahun . Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

Sunday, June 19, 2011

Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia ..

Photobucket

Pelakon komedi , Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Produk Snoww

Photobucket

kawan aku habaq ni syampoo rambut , tapi bila aku tengok kat label dia tulis tu banyak sangat kegunaannya biaq betui , so aku pun try aa beli kat satu , tokey syampoo ni ada kilang memproses di kokdiang , dia cuma supply produk dia ni di saloon2 kecantikan rawatan tradisional di penang , kl, johor & sabah . Takda juai di kedai2 katanya ..

Saturday, June 18, 2011

Juara Qari Dari Negeri 9 , Qariah Dari Johor

Johan Qari

Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.

Buah Setoi @ Sentul

Photobucket

Dalam perjalanan aku kelmarin dari Alor Staq ( Alor Setar ) aku singgah di masjid Al-Ikhlas di Kg Nawa , Pokok Sena . Ternampak plak ada satu pokok yang jarang² kita jumpa . disini depa panggil Pokok Setoi dan buahnya boleh dimakan aa tapi tak pasti aa angpa besa jumpa atau tidak pokok atau buah ni la ni ..

Friday, June 17, 2011

Buah Sukun

Sukun

Smalam sempat aku n aayang singgah kat umah akak sepupu yang kami panggei kak Noi , di Kg Nawa , Pokok Sena .. Punyalah banyak dia bagi buah² kat umah dia .. Buah Bacang , Buah Sukun , Embut Lengkuas , Bunga Betik. sampai penuh pungkoq keta , sampai umah keje orang umah la plak buat dan goreng .. aku makan je ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...