| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..
Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Ketegasan Melaksanakan HUKUM ALLAH

Photobucket

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Monday, June 20, 2011

Taati Ibu , Jangan Sakiti Hati Suami ..

Photobucket

Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya. Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Hukum Menyambut Hari Bapa , Ibu ..

Photobucket

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun dan Hari Bapa pada 19 Jun setiap tahun . Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

Sunday, June 19, 2011

Kewajipan Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa

Kewajipan seorang Anak terhadap Ibubapa
Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah SWT . Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak .

Thursday, June 16, 2011

Anak Yang Bijak Berbakat - Adi Putra

aku nak berkongsi sikit pasal anak yang bijak dan berbakat ni .Impian ibubapa yang inginkan anak seperti Adi yang bijak ini .. aku harap adi akan dapat apa yang di impikannya ..

Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999 ( 12 tahun )
Belajar di : ‘Home Schooling’ - Persediaan menghadapi A-Level/ O-Level. Sedang mengikuti Kelas Tahfiz Al-Quran. Mengikuti Program Intensif Bahasa di Centre Modern Language Shah Alam (CML) & di STANDARD LANGUANGE CENTRE ( Bahasa Perancis & Jepun).
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Allahyarham Senator Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh ( Seorang Professor Buta )

Ibubapa & Anak-anak pintar serta soleh

Photobucket

Apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Tips Anak² Winners @ Losers

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Monday, May 23, 2011

Kesilapan Dalam Mendidik Anak².

1. KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
• Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah SWT.
• Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah , sombong dan berfikiran negatif.
• Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak.

2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
• Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
• Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
• Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari. 

3. KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
• Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
• Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.

4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
• Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
• Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
• Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

5. KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
• Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
• Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.

6. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
• Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
• Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.

7. SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
• Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.

Sunday, May 22, 2011

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Photobucket

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

Photobucket

" Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...