| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 30, 2011

Hukum Berjabat Tangan

Jabat salam

Hukum Berjabat Tangan, Hukum mencium tangan, Hukum membongkokkan badan dan Hukum bersujud kepada selain Allah

1. Hukum Berjabat Tangan/Bersalam
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: “Apakah para sahabat Rasulullah SAW dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.” (HR Bukhari)

Keperluan Memberi Salam

Photobucket

Ucapan yang pertama sekali keluar dari mulut kita untuk sesaorang apabila berjumpa ..

Solat Rawat Penyakit Kritikal ..

Solat


Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Wednesday, June 29, 2011

Khusyuk Dalam Solat ..

Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah SWT yang bermaksud “ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya ” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Wuduk yang sempurna ?

Wuduk

“Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu kita merasakan wuduk itu tidak sepenting solat? Walaupun diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan solat itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi sedemikian. Wuduk adalah muqadimah kepada solat. 

Sewa Dua Rumah RM 49 JUTA setahun

Photobucket

Di negara kita Malaysia ni masih banyak lagi rakyat yang miskin walaupun berpendapatan tapi hanya untuk makan sahaja , untuk keperluan yang lain masih banyak yang tak cukup lagi , lebih2 lagi tempat tinggal atau rumah untuk didiami .. TAPI ada juga rakyat malaysia yang kaya raya dan rumah bernilai berjuta-juta ringgit..

Tuesday, June 28, 2011

Al-Fatihah Dan Maknanya .

Surah Al-Fatihah yang wajib kita baca 17 kali sehari semalam dan entah berapa tahun , belas atau puluh tahun telah kita baca tapi yang kadang² kita terlupa akan ertinya / maknanya atau pon yang belom tau lagi ..

Photobucket

semoga mendapat manfaat kepada kita semua yang membaca dan memahaminya ..

10 Seksaan kepada Perempuan ..

Azab Neraka

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Peristiwa Israk Mikraj

Photobucket


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW – 27 Rejab

Monday, June 27, 2011

RM 25 Juta Kos Lawatan Rasmi

Photobucket

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan dana kerajaan dan rakyat sebanyak  RM 25,138,978.65 @ RM 25 JUTA hanya untuk Lawatan Rasmi Pemimpin Kerajaan bersama Isteri ke luar negara dalam masa tak sampai 4 tahun .. Apakah kos perbelajaan lawatan ini begitu tinggi sebegini atau sebaliknya .. Perlukah lawatan rasmi ini membelanjakan dana kerajaan & rakyat sebegini banyak ? Kos lawatan semakin bertambah setiap tahun .. terkejut pon ada aku baca berita ini .. melawat ke apa ni ..

APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti

Obesiti ialah keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.

Adab-Adab Makan Seorang Muslim ..

Makan

[1]. Membaca Basmallah : Bacaan bismillah yang sesuai dengan sunnah adalah cukup dengan bismillah tanpa tambahan ar-Rahman dan ar-Rahim. Apabila kita baru teringat kalau belum mengucapkan bismillah sesudah kita memulai makan, maka hendaknya kita mengucapkan bacaan “bismillahi awalahu wa akhirahu”. 

Sunday, June 26, 2011

Adab Makan Dalam Islam ..

Makan

Makan dan minumlah rezki ( yang diberikan ) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan. " (Al Baqarah,2 : 60)

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Roti
Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi SAW. pernah bersabda " Jangan potong roti dengan pisau . hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu ".

Apabila Tiba Saat Kematian ..

Mati

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “ Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu ?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. 

Membetulkan Niat Menuntut Ilmu

Sabda Nabi SAW:

عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ t قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ r يَقُولُ: مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ.

Maksudnya :

" Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah SAW. bersabda: " Sesiapa yang menuntut ilmu ( agama ) untuk menyaingi ulama , atau berbahas dengan orang jahil , atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn 'Umar, al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

Saturday, June 25, 2011

LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR

Photobucket


Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.

Mengapa Ibadah Solat Tidak Membangunkan Insan

Photobucket

Peringkat-peringkat solat, nilaikan dimana tahap solat kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check solat kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Salah Faham Terhadap Hudud & Qisas ..

Photobucket

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Friday, June 24, 2011

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Photobucket

Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta`zir diperuntukkan dalam Qanun Jinayah Syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

Thursday, June 23, 2011

Hukuman Pancung di Arab Saudi

Photobucket
Sekadar gambar hiasan

Seorang perempuan Indonesia telah dipancung dengan pedang, pada hari Sabtu (18/06/2011). Perempuan itu dihukum kerana membunuh seorang perempuan Arab Saudi, kata Kementerian dalam Negeri Arab Saudi.

Pokok Beracun yang bahaya ..

Photobucket

Pokok bunga yang nampak cantik dan mudah untuk dijaga tetapi amat bahaya kepada kita terutamanya kanak2 .. kepada kaum pompuan yang suka menanam bunga kena ambil tahu dan berhati-hati dengan spesis bunga yang beracun ni ..


Khasiat Ulam Ulaman ..

Photobucket

Amalan makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ada juga yang tidak berselera makan jika tidak disertakan ulam atau sayur mentah, paling tidak, timun yang biasanya dicicah bersama sambal belacan.

Bawang Putih & Khasiatnya..

Bawang Putih

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. ( Nama saintifik Allium satvium ).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat / farmasi!

Wednesday, June 22, 2011

Sakit Gigi ..

Sakit gigi

Sakit gigi amat menyeksakan . Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

Hukuman SEBATAN Syariah ..


Sebat
Sekadar gambar hiasan
Sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.

ARAK dan Hukuman Keatas Peminumnya

HukumMinumArak

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

Tuesday, June 21, 2011

ARAK dan 10 Golongan yang di laknat ..

Persoalan yang berkaitan dengan arak banyak diperbincangkan dikalangan kita, terutamanya mereka yang berada dinegara eropah/ negara orang kafir. Ini kerana benda tersebut mudah terdedah dalam gerak kerja harian kita sama ada berkerja ditempat menjual arak, menghadiri majlis-majlis yang tehidang minuman arak dan berbagai bagai lagi. Mudah-mudahan artikel ini dapat membuka minda kita dari terbabit dengan perkara yang haram itu kerana " Rasulullah SAW. melaknat tentang arak, sepuluh golongan : (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. " ( Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah )

Makanan dari Taiwan ada DEHP?

China Town

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Monday, June 20, 2011

Jenama @ Logo HARAM???!!!

Bola

SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.

Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli.

Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri

Makan Malam

Masjid Kota Damansara akan menganjurkan Majlis Makan Nasi Dagang Bersama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 27 Jun ini.

Taati Ibu , Jangan Sakiti Hati Suami ..

Photobucket

Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya. Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Hukum Menyambut Hari Bapa , Ibu ..

Photobucket

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun dan Hari Bapa pada 19 Jun setiap tahun . Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

Sunday, June 19, 2011

Taat kepada Ibubapa

Photobucket

NABI Sulaiman dikurniakan Allah dengan pelbagai keistimewaan bagi meyakinkan umatnya pada masa itu kepada kekuasaan dan kebesaran-Nya. Baginda bukan saja mampu berinteraksi sesama manusia, malah dengan haiwan dan jin.

Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia ..

Photobucket

Pelakon komedi , Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Kewajipan Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa

Kewajipan seorang Anak terhadap Ibubapa
Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah SWT . Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak .

Adab Pergaulan Lelaki & Perempuan .

malefemale

Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.

Produk Snoww

Photobucket

kawan aku habaq ni syampoo rambut , tapi bila aku tengok kat label dia tulis tu banyak sangat kegunaannya biaq betui , so aku pun try aa beli kat satu , tokey syampoo ni ada kilang memproses di kokdiang , dia cuma supply produk dia ni di saloon2 kecantikan rawatan tradisional di penang , kl, johor & sabah . Takda juai di kedai2 katanya ..

Saturday, June 18, 2011

Juara Qari Dari Negeri 9 , Qariah Dari Johor

Johan Qari

Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.

Sebagai Seorang Suami

Keluargasakinah

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan, iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu, rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Buah Setoi @ Sentul

Photobucket

Dalam perjalanan aku kelmarin dari Alor Staq ( Alor Setar ) aku singgah di masjid Al-Ikhlas di Kg Nawa , Pokok Sena . Ternampak plak ada satu pokok yang jarang² kita jumpa . disini depa panggil Pokok Setoi dan buahnya boleh dimakan aa tapi tak pasti aa angpa besa jumpa atau tidak pokok atau buah ni la ni ..

Friday, June 17, 2011

Infaq Dan Sadaqah Dalam As-Sunnah

Photobucket

DAMPAK SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda: “ Sedekah dapat menolak kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 2)

Beliau juga bersabda : “ Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “ Mohon datangkan rizki dengan sedekah, barangsiapa yang meyakini hari esok ia akan bersikap dermawan dengan pemberian, sesungguhnya Allah menurunkan pertolongan sesuai dengan kadar hari ini.” (Al-Wasail 6: 255)

Buah Sukun

Sukun

Smalam sempat aku n aayang singgah kat umah akak sepupu yang kami panggei kak Noi , di Kg Nawa , Pokok Sena .. Punyalah banyak dia bagi buah² kat umah dia .. Buah Bacang , Buah Sukun , Embut Lengkuas , Bunga Betik. sampai penuh pungkoq keta , sampai umah keje orang umah la plak buat dan goreng .. aku makan je ..

Thursday, June 16, 2011

Anak Yang Bijak Berbakat - Adi Putra

aku nak berkongsi sikit pasal anak yang bijak dan berbakat ni .Impian ibubapa yang inginkan anak seperti Adi yang bijak ini .. aku harap adi akan dapat apa yang di impikannya ..

Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999 ( 12 tahun )
Belajar di : ‘Home Schooling’ - Persediaan menghadapi A-Level/ O-Level. Sedang mengikuti Kelas Tahfiz Al-Quran. Mengikuti Program Intensif Bahasa di Centre Modern Language Shah Alam (CML) & di STANDARD LANGUANGE CENTRE ( Bahasa Perancis & Jepun).
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Allahyarham Senator Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh ( Seorang Professor Buta )

Ibubapa & Anak-anak pintar serta soleh

Photobucket

Apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Tips Anak² Winners @ Losers

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

Wednesday, June 15, 2011

70 Dosa Besar .

Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

17 TANDA-TANDA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH

Mati yang di idamkan oleh semua orang Islam , mati dalam Husnul Khotimah .. bukanlah pilihan tapi amalan kita yang akan menentukan kita

Alamat mati dalam Husnul khothimah ( keadaan baik ):

1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2. Berpeluh didahi . Sabda Rasulullah: ” Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi  ”, Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah “ Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”

4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

Promosi Dosa di Facebook & Blog

Facebook Blogger

Ini adalah artikel yang aku copy & paste dari blog Ustadz yang membincangkan tajuk yang menarik minat aku ni Promosi Dosa Di Facebook & Blog  untuk panduan dan koleksi aku sendiri memandangkan aku ni pon penulis belog , pacebok pon ada juga , kalau menulis tu maen hentam ja tak nampak oraghang laen dah .. kekadang silap sendiri jarang² nampak .. silap orang nampak selalu ... Astagfirullahalazim.. Mana yang berminat boleh baca untuk panduan , tak minat tutup mata pi aa tengok post yang lain dulu yaa ..

Belanja RM 50 JUTA Sehari ..

Photobucket

Angpa buleh bayangkan tak kos untuk buat pilihanraya sampai mencecah RM 50 JUTA .. angpa tau ka 50 JUTA tu banyak mana .. DUIT 50 JUTA ni kalau boh dalam beg .. agak² berapa beg agaknya , berapa lori ? .. ini SPR yang belanjakan .. yang bukan SPR plak ..

KUALA LUMPUR 13 Jun — Sejumlah RM50 JUTA telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing.

Mohamad Nazri berkata, demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini.

Teo bertanya mengenai perbelanjaan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dalam pilihan raya DUN Sarawak yang lepas.


Sumber : Bernama

Tuesday, June 14, 2011

Talkin Untukmu ..

Bismillah...

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Azab Kubur Itu Benar ..

Photobucket

sedikit tazkirah ringkas yang mana petikan artikel ini aku ambik dari penceramah Islam yang arif dan bertauliah tentang perkara ni ..untuk memperingati kepada diri aku sendiri dan sahabat² akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya .

17 Amalan Yang Mendapat Seksa Kubur

Photobucket

Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim Rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

Pilihan Raya Masjid Di Pulau Pinang ..

Sepatutnya macam tu la kita buat dari dulu lagi , kenapa nak pilih pemimpin negara buleh guna pilihanraya , nak pilih Imam Masjid tak buleh plak .. hanya Imam yang dipilih Kerajaan sahaja buleh jadi Imam .. tu yang jadi kat kampung aku .. Imam yang dipilih kerajaan dok umah ja .. tinggal la masjid kat situ tunggu sesapa yang bleh jadi Imam .. sepatutnya anak qariah situ yang pilih calon yang sesuai untuk jadi Imam di Masjid kampung depa .. ini tidak tetiba ja orang tu jadi Imam Masjid walaupun jarang pi solat kat Masjid .. Elaun tiap² bulan dapat ..

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu mengikut undang-undang.

Monday, June 13, 2011

Peristiwa di Hari Ini ..

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari.. Isnin , Selasa ,  Rabu, Khamis ,  Jumaat , Sabtu dan Ahad ... Dalam setiap hari tuh, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri... menjadi memori sepanjang zaman... Apakah peristiwa-peristiwa itu...

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari

Hari Isnin
1. naiknya Nabi Idris ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah SAW dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah SAW buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia... Nabi Muhamad SAW
7. Bukti keesaan Allah diturunkan... "Qul huwallahu ahad"

Nak Pasang D-Link DSL 2640B

Macam mana nak pasang D-link DSL 2640B ni @ Modem + router . sebab aku baru ja tukaq hat lama dengan hat ni ..hat bleh guna router dengan wireless skali .. senang nak guna kat umah anak² suma pakat ada laptop .. 24 jam online ni ..

D-Link 2640B menggunakan 2 cara untuk berkomunikasi dengan komputer angpa  : Network ataupun Wireless. Komputer angpa perlukan wireless adapter kalau nak disambung melalui Wireless Laptop ada siap² dah ...

Ikan & Nelayan & Minyak ..

Photobucket

buat masa la ni ikan temenong @ Kembung sekelo pun dah harga RM6.00 - RM9.00 ni depa pakat mogok 1Malaysia ni .. tambah melambung la plak harga ikan lepaih ni .. sebelum² ni bila harga tu dah naik tu .. sahih tak turun² dah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...