| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, May 31, 2011

Barang Naik!!! Apa barang ...

Photobucket

mulai esok 1 Jun 2011 kita rakyat malaysia akan menikmati tarif baru elektrik .. kerajaan malaysia mengingatkan peniaga² di malaysia agar tidak menaikkan harga makanan & perkhidmatan diatas kenaikan elektrik , minyak , gula , petroleum dan lain² lagi .. tapi adakah TNB & syarikat gergasi lain yang berkenaan juga bukan peniaga .. sebab yang membuat keuntungan itu dan yang mendapat untung adalah mereka yang berniaga @ peniaga .. harga kos semakin naik tapi untung depa pun semakin naik .. yang didahulukan membayar adalah mereka dan keluarga mereka juga ..

Kuala Dulang , Jelebu , Negeri Sembilan .

Masjid Kuala Dulang , Jelebu , Negeri Sembilan .

Masjid Kuala Dulang

Terletak di Kg. Peninjau iaitu kira-kira 0.5 km dari pekan Kuala Klawang. Ia merupakan masjid tertua di daerah Jelebu dan diasaskan oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja pada awal abad ke-16. Mereka merupakan orang muslim dari Minangkabau.

Kesalahan Dalam Solat

Photobucket

SOLAT adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:

Monday, May 30, 2011

Kulit Khinzir @ Babi

Photobucket

sebagai panduan untuk aku dan sahabat² semua bila menggunakan barangan daripada kulit .. mesti nkorang ada beli barangan buat daripada kulit kan .. kalau ada tertulis kat situ Kulit Babi senang kita tak beli kan ..

Modem aku ROSAK !!!

Innacomm

Modem aku rosak .. terpaksa la tukaq hat baru yang ni D-Link Wireless G ADSL2/2+ 4-Port Router ( DSL-2640B ) .. yang dulu Innacomm W3100 ADSL 2+ Wireless Modem Router with 1 LAN Port ( 19 Mei 2010 - 28 Mei 2011 ) buleh pakai setaun ja .. nasib baek tukaq FREE ja .. kalau dak melayang kat RM200 gak ni .. dah la ujung² bulan ni .. technician depa mai hantaq ja .. kena setting seniri

Kesilapan Dalam Bacaan Al-Fatihah

Kesilapan dalam bacaan Al-Fatihah boleh menyebabkan bacaan menjadi maksud lain dan menyebut nama² syaitan laknat . Untuk ingatan dan panduan pada diri aku yang serba kekurangan ini ..

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Sunday, May 29, 2011

Baling , Kedah Darul Aman .

Photobucket

SEJARAH BALING

Si Raja Bersiung naik angin. Manis darah manusia membuat nafsunya membuak. la juga buat baginda jadi tidak keruan. Satu persatu rakyatnya jadi korban untuk titisan darah bagi memuaskan serakahnya. Lalu, dengan penuh kesungguhan, baginda mencabut dua siungnya. Dicabut, sekuat hati dan akhirnya siung yang pernah memuaskan nafsu namun digeruni manu­sia itu, tercabut dan dibaling jauh. Mitos barangkali, namun kesannya abadi. 

Saturday, May 28, 2011

Jeram Toi , Seremban , Negeri Sembilan .

Jeram Toi

ni tempat aku masa kecik2 dulu aa .. dulu takda apa2 kemudahan apa pon .. tapi sekarang dah macam2 ada ..
Terletak di Hutan Simpang Berembun , Keluasan 3.4 ha , Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit .

Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : 
  • Air Terjun 7 tingkat (Sungai Batang Toi) ,
  • Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk ,
  • Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta ,
  • Lengkap dengan kemudahan tandas &  surau ,
  • bilik persalinan serta ‘boardwalk’.

All Men Are Brothers

Photobucket

Drama ni pon layan gak .. angpa ada tengok ka atau layan movie ja ..

Sinopsis

All Men Are Brothers juga dikenali sebagai Water Margin mengisahkan tentang perjalanan mengapa dan bagaimana pahlawan seramai 108 orang (105 lelaki , 3 perempuan) berkumpul di Gunung Liang dan menjadi tentera pemisah untuk melawan tentera kerajaan yang angkuh dan tak berperasaan. Ini adalah drama seni bela diri, rasuah, politik pembunuhan, kebencian dan cinta. Dipimpin oleh pengarah Leung Kuk Kok, siri epik yang menawarkan pilihan bintang yang sama padan dengan watak .

Dibintangi : Zhang Tielin, Tong Dawei, Ray Lui, Kao Fu, Yan Kuan, Jing Gangshan, Anita Yuen, Hu Ke, dan Ady An.

Setiap Isnin - Jumaat
Di 8TV
8.30 - 9.30 malam .

Friday, May 27, 2011

Alor Setar , Kedah


Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh seorang Raja Melayu iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar Cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.

Thursday, May 26, 2011

Bahasa Thai episod 1

Mari Belajar Bahasa Thai .. kalau ada sesapa lg yg tau mai kita kongsi kat sini .. 
aku pun tau sikit2 ja .. kita belajaq sama2 

arini blaja sebut nombor satu hingga sepuloh dulu ..

Sebutan Bahasa Melayu        Sebutan Bahasa Thai
1            Satu                                              Neng
2            Dua                                               Song
3            Tiga                                               Sam
4          Empat                                              Si
5            Lima                                               Ha
6           Enam                                             Hok
7            Tujuh                                             Jed
8           Lapan                                             Ped
9         Sembilan                                        Khaw
10        Sepuluh                                            Sib  

tunggu sambungan di lain hari plak .. hafal yg ni dulu ya murid2 .. 
pai kon naa ..

Gunung Jerai , Kedah .

Photobucket

Kalau mai kedah ni tak sah kalau tak p sini ..

Gunung Jerai ( juga dikenali sebagai Puncak Kedah ) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.  Mempunyai ketinggian 1,217 meter dari aras laut .
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Mak Mertua & Tibi

TB
Mak Mertua aku kena / disyakki dijangkiti penyakit Tibi , aku pon tak tau dari mana datangnya penyakit ni .. setau aku takda pon orang / sedara aku yang dekat² ni yang kena .. Mak mertua aku habaq dia takda pon tengok TV macamana bleh berjangkit ..

Pendang , Kedah .. Asai nama noo

Photobucket

aku nak share skit info tentang Pendang ni ..

Wednesday, May 25, 2011

Kolam Ayaq Panaih Legong

Air Panas Lengong

Tempat yang patut angpa lawati dengan keluarga dan kawan2 .. suasana kampung .. kos rendah sempena nak cuti skolah ni .. mai jangan tak mai ..

sesapa yang datang akan dapat rasa sendiri nikmat khasiat berendam di dalam ayaq panaih semulajadi sama ada nak berenang di kolam yang disediakan atau sekadar rendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. 

13 Ingatan !!!

Muslimah


Bukan aku cemburu kat kaum pompuan ni tapi ingatan ni dah lebih dari seribu tahun ada untuk mengingatkan depa ni .. aku pon ada kaum pompuan gak ni .. anak isteri , adik kakak , mak tok ..

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng
Dan janganlah mereka ( perempuan ) menghentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

ZUNAR !!!

Photobucket

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI). Award tersebut ialah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning. Majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai depan .

Tuesday, May 24, 2011

Kote Mamak !!!

Aku bukan nak mencarut ka apa tapi nak cerita pasai Kote Mamak ni  maksud aku Buah ni aa . Kat utara ni depa panggei buah ni Buah Kote Mamak ( Cassia Grandis ) . Namanya pelik sikit aa tapi ni betul aa bukan memain ni , angpa jangan gelak² plak .. kat kampung aku pon ada pokoknya .. kat Penang pon ada  ..


Photobucket
Sumber Gambar : http://www.flickr.com/photos/adaduitokla/5534298406/

Minyak Oh Minyak !!!

Photobucket

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia.

aku ka yang tak paham atau depa yang kira terar !!!
mahai pon kena beli gak wooo !!!
bukan buleh isi ngan ayaq..
( angpa paham ka aku cakap apa .. )

Cheers !!!

Photobucket

Malaysia rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia. Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak .

hebat sungguh rakyat malaysia la ni ..
minum arak macam orghang puteh dah .. cheers !!!
apa nak jadi malaysia ni !!!
angpa minum arak ka ???

Monday, May 23, 2011

Kesilapan Dalam Mendidik Anak².

1. KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
• Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah SWT.
• Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah , sombong dan berfikiran negatif.
• Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak.

2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
• Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
• Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
• Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari. 

3. KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
• Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
• Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.

4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
• Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
• Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
• Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

5. KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
• Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
• Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.

6. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
• Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
• Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.

7. SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
• Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.

Himpunan Anak Muda Bermunajat

Photobucket

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Rahsia Bulan Kelahiran

Dari 25 Tahun Kajian Oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

Kubor Panjang ?

Photobucket

aku nak share ngan angpa mana yang belom tau lagi tentang nama Kubor Panjang ni

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah kepada penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat yang maut dalam kejadian tanah runtuh . Semoga Allah menempatkan mereka didalam golongan orang² yang beriman dan Syahid di jalan Allah .

RAHMAT

RAHMAT

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Photobucket

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

Photobucket

" Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya"

Saturday, May 21, 2011

Rahsia Kelahiran Dalam Bulan Islam

Macamana pulak nak kira tarikh lahir kita dalam bulan Islam , haa.. mai klik sini

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Selamat Hari Lahir

Photobucket



Photobucket

Selamat hari lahir buat seorang teman , sahabat & kekasih serta isteriku yang disayangi pada 18 Jamadil Akhir / 21 Mei semoga panjang umur , ceria² selalu dan selamat melahirkan ahli keluarga baru kita dengan selamat pada bulan ini ..

Friday, May 20, 2011

Aurat Wanita .. ??? !!! ##@%

Photobucket

Aurat Wanita / Perempuan / Muslimah..

Post ni bukan untuk menyinggung @ merendahkan mertabat wanita @ kaum hawa tapi untuk panduan aku mengharungi hidup ini bersama Kakak ², Adik² , Isteri² , Anak² serta rakan² aku ja ..


Photobucket

Thursday, May 19, 2011

Aurat Lelaki ??

Apakah batasan aurat lelaki?

Aurat Lelaki

Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan ( bahagian zakar ) dan belakang ( bahagian punggung ). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain.

Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; Aurat Lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad Al-Aslami R.A. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. [Hadith Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik]

Liga Super Kedah vs Perlis

Bola KedahBola Perlis


Pasukan Kedah menentang Perlis di Stadium Darul Aman 18 Mei 2011 dengan keputusan Kedah mengalahkan Perlis 2-0 .

Bacalah ..

Bacalah

Ayat dan surah pertama dari al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah surah al-'Alaq .

Ertinya: "‎(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian ‎makhluk), (2) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku , (3) Bacalah dan ‎Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan , ‎‎(5) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". (QS. Al-Alaq: 1-5)‎.

Wednesday, May 18, 2011

Alhamdulillah ..

Syukur ke hadrat Illahi Tuhan Sekalian Alam , kerna dengan Limpah Kurnia & IzinNya dapatlah aku berkongsi perjalanan & pengalaman di laman blog ini ..

Terima kasih pada mak abah , tok tokwan , para guru² , abang kakak , adik² serta rakan² seperjuangan yang sudi membimbing aku menjadi hamba yang bersyukur & berguna kepada Agama & negara ..

Di dunia yang hampir mengakhiri sisa² waktu ini , di akhir zaman ini ..
mampukah @ sudahkah kita menyediakan diri kita , keluarga kita , bekalan yang cukup menuju ke alam yang kekal abadi nanti ..

Maha suci Allah Tuhan Penguasa Alam ini , aku hamba yang dhoif dengan suruhanMu , tiada kuasa tanpa IzinMu ..

Photobucket

Sunday, May 1, 2011

Bismillah...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...