| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, June 15, 2011

70 Dosa Besar .

Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

  1. Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
  2. Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
  3. Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
  4. Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
  5. Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
  6. Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
  7. Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Mengikut Imam Az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya ‘Al-Kabaair’, beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah.
  1. Syirik
  2. Membunuh Manusia
  3. Sihir
  4. Tinggal Sembahyang
  5. Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Tidak Berpuasa
  7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
  8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
  9. Memutuskan Silatulrahim
  10. Berzina
  11. Homosex
  12. Memakan Riba
  13. Memakan Harta Anak Yatim
  14. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
  15. Lari dari Medan Perang
  16. Sombong
  17. Saksi Palsu
  18. Meminum Arak
  19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
  20. Berjudi
  21. Menuduh orang baik melakukan Zina
  22. Menipu harta rampasan Perang
  23. Mencuri
  24. Merompak
  25. Sumpah Palsu
  26. Berlaku Zalim
  27. Pemungut cukai yang Zalim
  28. Makan dari kekayaan yang Haram
  29. Bunuh Diri
  30. Berbohong
  31. Hakim yang Tidak adil
  32. Rasuah
  33. Wanita yang menyerupai Lelaki
  34. Tidak Cemburu
  35. Cina Buta
  36. Tidak Suci Hadas kecil
  37. RIAK Mempamerkan Diri
  38. Ulamak Dunia (jahat)
  39. Khianat
  40. Mengungkit-Ungkit Pemberian
  41. Mangingkari Takdir
  42. Mencari Kesalahan Orang lain
  43. Menabur Fitnah
  44. Mengutuk Umat Islam
  45. Mengingkari Janji
  46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
  47. Derhaka kepada Suami
  48. Gambar pada Baju
  49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
  50. Mengganggu Orang lain
  51. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
  54. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
  55. Melabuhkan Pakaian
  56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
  57. Hamba Lari dari Tuan
  58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
  59. Menjadi Pak Sanggup
  60. Berdebat dan Bermusuh
  61. Enggan Memberi Kelebihan Air
  62. Mengurangkan Timbangan
  63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
  64. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
  65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
  66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  67. Mengurangi Wasiat
  68. Menipu
  69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
  70. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda

Allah juga berfirman, maksudnya, “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa , Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “ Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya , Allah berfirman maksudnya, “Dan apabila dikatakan kepadanya:Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah ( balasannya ) Neraka Jahannam . Dan sungguh Neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah ayat 206)

Mereka yang berasa aman daripada azab Allah , Allah berfirman maksudnya, “ Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadalah ayat 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “ Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “ Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun.”

Semoga Allah menjaga kita dari terlibat dengan dosa-dosa ini. Sama-samalah kita memohon keampunan Allah jika kita telah melakukan dosa-dosa ini, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amiin.

4 comments:

mama aini said...

semuga kita di jauh drp gulungan umat yg diatas !!amin..

Ringgo said...

betul tu mama A .. semuga kita dan anak cucu cicit dan keturunan kita dijauhkan dari golongan tersebut ..

ZORA said...

tapi adakalanya kita membuat dosa tanpa disedari...emmmm.....

Ringgo said...

tul tu zora .. slalu2 lah kita bermuhasabah diri melihat apa yg tersilap kelmarin supaya tidak kita ulangi esok pulak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...