| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 23, 2011

Hukuman Pancung di Arab Saudi

Photobucket
Sekadar gambar hiasan

Seorang perempuan Indonesia telah dipancung dengan pedang, pada hari Sabtu (18/06/2011). Perempuan itu dihukum kerana membunuh seorang perempuan Arab Saudi, kata Kementerian dalam Negeri Arab Saudi.



Photobucket

Perempuan bernama Ruyati Binti Sapubi terbukti bersalah membunuh perempuan Saudi Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menyerangnya berulang kali di kepala dengan pemotong daging dan menikamnya di leher, kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan yang dipetik oleh pejabat berita rasmi SPA.

Pejabat berita itu tidak menyatakan motif kejadian itu, ataupun menyatakan hubungan antara kedua perempuan itu. Tapi beberapa pejabat di Indonesia menyatakan bahawa sekitar 70 peratus dari 1.2 juta warga Indonesia yang bekerja di Arab Saudi adalah sebagai pembantu rumah (amah).

Pemancungan di wilayah Mekah di Saudi barat itu membuat jumlah yang dihukum di kerajaan tahun ini menjadi 28 orang, menurut hitungan AFP berdasarkan pada laporan-laporan pejabat dan kumpulan hak asasi manusia.

Kes-kes rogol, pembunuhan, kemurtadan, rompakan bersenjata semuanya boleh dihukum dengan hukuman mati menurut interpretasi keras hukum syariah Islam Arab Saudi .

7 comments:

mama aini said...

pancung !!..nampak kejam sikit hukuman tu..tapi dah undang2 arab saudi , sesiapa yg buat salah kenalah terima hukuman !!..

Unknown said...

sekarang indonesia tak puas hati pula kat arab saudi..ramai juga warga depa yang kerja kat sana, 1.2 juta tu...

ZORA said...

terima lah hukuman yg setimpal atas keslhan yg dibuat....

NARDtheNERD said...

yupp..
dah bunuh orang terimalah hukuman nye..
:)

Ringgo said...

Mama A .. nampak kejam tapi dia pun dah bunuh orang juga .. satu pengajaran kepada org lain supaya jangan sesuka hati nak bunuh orang je .. hukumannya juga pancung mati .. itu adalah undang2 Islam yang Arab Saudi jalankan ..

Bro Khai..Indonesia saja je nak cari pasal .. depa bukan tak tau tertuduh kena tangkap & kes tu masuk mahkamah .. takan ejen pekerja depa taktau .. takan tak masuk sorat habaq ..

Zora & Nard .. yupp satu pengajaran untuk kita juga ..

org muo said...

takziah utk klrga makcik ni... allhyarhamah terseksa dgn majikan arab ni... kena dera, kerje berat...zalim pak arab ni,,dah terlalu azab x dpt kawal fikiran akhirnye...

Ringgo said...

Keluarga Allahyarhamah ada mengatakan kesukaran beliau bekerja disana dengan keluarga arab ni ..
banyak cerita yang kaum arab ni memang kasaq laku depa ni ..
agen pekerjaan depa patut lebih prihatin & peka dengan keselamatan depa di sana ..
kalau terdesak & marah mmg pertimbangan akal tu hilang .. akibat yg dapat pd kedua2 belah pihak mmg parah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...