| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 9, 2011

Kanser Payu Dara !!!

Kanser

" ini penyakit serius ni .." itu yang aku katakan pada isteri anak menakan( anak sedara ) aku pagi tadi sebab dia habaq ( bagi tahu ) adik dia disahkan mendapat penyakit kanser payu dara peringkat ke tiga ( kritikal ) . Oghrat ( urat ) disekeliling payu dara dia dah jadi biru .. kemungkinan kena potong ( bedah ) buang bahagian yang dah kena jangkiti barah/kanser tu .. dan Arwah emak aku pun menderita sebab barah ni hingga ajal dia 27 tahun dulu ..

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia :

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.


Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. 
Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah

Langkah 1
Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.



Langkah 2
Rasa sebarang perubahan secara berbaring.


Langkah 3
Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.


Langkah 4
Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.


Langkah 5
Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

itu yang aku takut ni .. orghang ( orang ) pompuan tak tau la macamana ..

nak tau lebih lanjut jom ke laman Infosihat di Kementerian Kesihatan Malaysia

Photobucket

5 comments:

Diari Si Froggie said...

takut dengan kanser ini..
moga-moga tuhan jauhkan lah dari terkena kanser ini
tnkz atas info ini ya :)

mama aini said...

simpati mama atas penyakitnya...semuga dia tabah atas ujian yg allah berikan..buah durian belanda dpt membantu mengurangkan penyakit kanser ini!!!..buah itu bolih dimakan begitu saja atau dibuat air..tapi mesti makan/minum setiap hari..try lah...

Unknown said...

eh..laki-laki pun boleh kena juga....

ellieandcarl'sstories said...

laki pon leh kene. bahaya kot eii jauhkn la hendak Nya

Ringgo said...

>Aida : tul tu mintak jaauhkan la dari anak beranak sedara sepakat kita ..
>MaMa A : Boleh cuba tu .. tak kena penyakit pon elok untuk pencegahan ..
> Khairil : boleh kena bro .. tapi kebanyakan adalah kaum pompuan ..
> kakLamp : ya .. ade kes lelaki pon kena ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...