Kerajaan Malaysia telah membelanjakan dana kerajaan dan rakyat sebanyak RM 25,138,978.65 @ RM 25 JUTA hanya untuk Lawatan Rasmi Pemimpin Kerajaan bersama Isteri ke luar negara dalam masa tak sampai 4 tahun .. Apakah kos perbelajaan lawatan ini begitu tinggi sebegini atau sebaliknya .. Perlukah lawatan rasmi ini membelanjakan dana kerajaan & rakyat sebegini banyak ? Kos lawatan semakin bertambah setiap tahun .. terkejut pon ada aku baca berita ini .. melawat ke apa ni ..
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM 17,118,650.58.
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM 17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya , Najib dan Rosmah membelanjakan sebanyak RM 1,739,332.85 pada tahun 2008, RM 4,811,837.48 pada tahun 2009 , RM 5,140,307.99 pada tahun 2010 dan RM 5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Dalam pada itu, kerajaan telah membelanjakan bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, RM 8,020,328.07 untuk tempoh sama.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).
Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.
Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM 134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM 140,000.00 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
Sumber : HD
2 comments:
salam Ringgo tang ni mama tak berani komen...he2x..
terkezut juga baca berita ni ..
kenapa kos lawatannya @ perbelanjaannya sampai angka JUTA ..
sikit ke banyak duit 25 juta ni ..
hehehe ..
apa yang boleh kita buat ngan 25 juta ni ..
Post a Comment