| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, May 30, 2011

Kesilapan Dalam Bacaan Al-Fatihah

Kesilapan dalam bacaan Al-Fatihah boleh menyebabkan bacaan menjadi maksud lain dan menyebut nama² syaitan laknat . Untuk ingatan dan panduan pada diri aku yang serba kekurangan ini ..

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama syaitan
01. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
02. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
03. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
04. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
05. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
06. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYa. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud " kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan "

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) Amin. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...