| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, October 5, 2011

Haji Mardud .. [ Haji Yang Tertolak ]

Photobucket
Labbaika Allahumma Labbaika, Labbaika La Syarika Laka Labbaika, Innal Hamda Wan Ni'mata laka wal Muku, La Syarika laka.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara [ jawaban ] dari langit: “ Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik [ kebahagiaan ] bagimu kerana bekalmu haram , kenderaanmu haram , hajimu penuh dosa , tidak diterima [ tertolak ] ” [Riwayat Thabrani]

Berikut adalah Tanda-Tanda Teras Bagi Haji Mardud [ Haji Yang Tertolak ] :
  1. Marah-Marah apabila dilanda sesuatu yang menyusahkan atau menyakitkan diri atau apabila berdepan dengan situasi atau fenomena yang tidak menyenangkan hati serta perasaan.
  2. Terlalu Ghairah serta Tidak Sabar terutama apabila tiba di sesuatu tempat yang diidamkan seperti Masjid Nabawi atau Masjidil Haram lantas membuat tindakan bersendirian yang kadang kala menyusahkan pihak urusetia program.
  3. Bersikap Takbur dengan menyangka dan melihat diri kita serba tahu dan serba sempurna dan melihat orang lain lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada kita
  4. Bersikap Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat pujian dan sanjungan orang lain akan ibadah-ibadah serta amal kebajikan yang dibuat dan sering menonjolkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri.
  5. Memungkiri janji-janji yang telah dilafazkan kepada sahabat atau rakan sesama jemaah.
  6. Malas untuk beribadah dan suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang melalai serta melaghakan seperti menonton TV, membaca akhbar, berbual kosong atau membeli belah dan melawat kedai-kedai.
  7. Suka Mengkeji atau Mengumpat akan perilaku jemaah lain yang tidak serasi atau sebulu dengan jiwa dan perasaannya sehingga berputik permusuhan dan persengketaan sesama jemaah di Tanah Suci Makkah atau Madinah itu yang amat melarang perkara berkenaan.
  8. Bermegah-megah dengan pangkat, darjat serta harta dan wang ringgit yang dimiliki dengan membanding-bandingkan kelebihannya itu serta memperlekehkan kemampuan orang lain.
  9. Bermuka-muka dalam pergaulan dan suka Mengadu Domba hingga mencetuskan suasana resah gelisah, prejudis dan saling syak wasangka sesama jemaah.
  10. Bersikap Khianat dengan menabur fitnah dan memutarbelitkan cenita-cerita yang tidak benar bagi tujuan untuk memecahbelahkan perhubungan mesra sesama jemaah.
  11. Berlaku Hasad & Dengki terhadap keupayaan dan kekhusyukan ibadah jemaah lain dengan merencanakan sesuatu tindakan yang boleh merencatkan usaha murni dan semangat jemaah berkenaan.
  12. Bersifat Bakhil & Kedekut untuk menghulurkan perkongsian ilmu pengetahuan, sedekah atau amal jariah dan melihat peminta sedekah dan orang-orang yang serba kekurangan dan memerlukan itu sebagai orang-orang malas dan tidak mahu berusaha serta mencacatkan pandangan.
  13. Kufur Nikmat dan Tidak Bersyukur serta Tidak Berterima Kasih atas kelebihan kurniaan Allah kepadanya sehingga bersemi perasaan riak, ujub, waham, sum’ah, sombong serta takbur dalam dirinya. Nikmat Allah seperti kesihatan dan kekuatan diri tidak disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan sebaliknya digunakan untuk menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada orang lain.
  14. Berlagak Sombong dengan memperlihatkan kelebihan diri menerusi perlakuan, pertuturan, mimik muka dan jelingan mata sehingga membibitkan perasaan benci, jijik dan meluat di kalangan jemaah lain.
  15. Cerca Mencerca serta saling Caci Mencaci secara terbuka dan berdepan atau secara senyap hingga menyebabkan kekecohan dan persengketaan yang mengaib serta memalukan.
  16. Berbohong dan Berdusta dengan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada janji dan tanggung jawab fardhu ain serta fardhu kifayah yang memerlukan penglibatan nya.

Sumber maya :
http://www.bahrulmazi.com.my

4 comments:

Anonymous said...

wah! bahaya rupanya pegi haji nih...
mcm duduk kat mesjid siang malam pagi petang...

Mmm ringgo....

mcm mana kalo perangai tu di buat setelah keluar dr tanah haram...

apa hajinya buleh jd mardud juga ker?

satu gi kalo dikhuatiri haji kita jatuh mardud, maknanya kena buat haji lagi la...ye tak?

Online Education Rocks said...

terima kasih atas penjelasannya semoga bermanfaat

Top Business Careers said...

bagus sekali ilmunya,,semoga menjadi pelajaran buat nanti kelak ke haji

6 hours Technology said...

terima kasih atas informasinya,,,bagus bngt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...