| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, November 19, 2011

Fidyah & Kaffarah

PENGERTIAN

Kaffarah

Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT

Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Fidyah

Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian harta [ makanan ] kepada fakir miskin diatas sebab-sebab tertentu.


JENIS-JENIS KAFARAH YANG BERKAITAN DENGAN MEMBERI MAKAN KEPADA FAKIR MISKIN [ BERSEDEKAH ]

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.
  • Wajib menqadhakan puasanya dan
  • Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

Kafarah musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia tinggalkan.

  • Wajib menqadhakan puasanya dan
  • Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kafarah dengan bertambahnya tahun.

Kafarah orang tua yang tidak mampu berpuasa

  • Fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan

Kafarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

  • Wajib menqadhakan puasanya dan
  • Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan

Kafarah Sumpah

  • Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau
  • Memberi pakaian kepada fakir miskin

Kafarah Nazar

  • Sama Kafarah Sumpah
  • Wajib menqadhakan puasanya dan
  • Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

Kafarah Zihar
  • Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.

TAKSIRAN

1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh :

Kafarah
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00

Fidyah
Sekiranya seseorang meninggalkan puasa 3 hari dan tidak mengqadhakan sehingga masuk Ramadhan berikutnya, wajid keatasnya mengqadhakan puasanya serta membayar fidyah (3 hari x 2 tahun x RM1.75 = RM10.50)

3 comments:

KANDIS said...

tq ringgo..

AlhamdulILLAH..

mama aini said...

thanks ringgo share entry2 yg sgt berguna ini..

Anonymous said...

pet insurance for dogs We have very active communities on Twitter and Facebook, and most recently have been recognized for our Pinterest presence.
You need to be realistic and face the fact that you can't control all the things in your life and some situations are bound to happen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...