| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, May 24, 2011

Kote Mamak !!!

Aku bukan nak mencarut ka apa tapi nak cerita pasai Kote Mamak ni  maksud aku Buah ni aa . Kat utara ni depa panggei buah ni Buah Kote Mamak ( Cassia Grandis ) . Namanya pelik sikit aa tapi ni betul aa bukan memain ni , angpa jangan gelak² plak .. kat kampung aku pon ada pokoknya .. kat Penang pon ada  ..


Photobucket
Sumber Gambar : http://www.flickr.com/photos/adaduitokla/5534298406/


Photobucket
Sumber Gambar : http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=361867

Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman, berlapis2 macam asam keping, rasanya pahit² manis , berbau tengit skit . Kata orang tua² tempatan bijinya boleh dibuat obat kencing manis .

Dari segi perubatan : 
  • kulit buah digunakan sebagai julap yang sama dengan C Fistula dan dilaporkan lebih berkesan . 
  • Buah matang dan biji juga digunakan sebagai julap . 
  • Air rebusan daun boleh digunakan sebagai julap dan untuk merawat sakit pinggang.  
  • Jus segar daripada daun boleh digunakan secara luaran untuk merawat kurap.  
  • Pokoknya juga dilaporkan boleh dibuat kayu pelbagai guna yang kuat. 
  • Gam atau damar merupakan sumber potensi gam komersial serta gam pengikat yang berpotensi untuk industri farmaseutikal.

Sumber : Agro Forestry Tree

7 comments:

MallisaSaila said...

ha!!!!!!!!boleh makan ke?...^_^'

Ringgo said...

hahahaha !!! buah memang aa boleh makan .. awat plak xbleh .. nama ja pelik skit ..

ellieandcarl'sstories said...

cam penah sgr jugakkk.. hahah hai macm2 name die..

Anonymous said...

Betulkan nama sain tue. Cassia grandis dan bukanya, Samanea saman.

Ringgo said...

oo ye ke .. tima kasih Anony..

Anonymous said...

Engkau ciplak gambar orang lain dalam Flickr dan tak attribute/sebut pun langsung dan link ke pemiliknya. Pathetic!

Ringgo said...

tima kasih Anon October 18, 2011 11:23 PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...