| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 16, 2011

Anak Yang Bijak Berbakat - Adi Putra

aku nak berkongsi sikit pasal anak yang bijak dan berbakat ni .Impian ibubapa yang inginkan anak seperti Adi yang bijak ini .. aku harap adi akan dapat apa yang di impikannya ..

Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999 ( 12 tahun )
Belajar di : ‘Home Schooling’ - Persediaan menghadapi A-Level/ O-Level. Sedang mengikuti Kelas Tahfiz Al-Quran. Mengikuti Program Intensif Bahasa di Centre Modern Language Shah Alam (CML) & di STANDARD LANGUANGE CENTRE ( Bahasa Perancis & Jepun).
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Allahyarham Senator Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh ( Seorang Professor Buta )


Impian : Bila besar nanti… InsyaAllah
1) Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
2) Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Visi : UNTUK MEMBANGKITKAN SEMULA UMMAH
Misi : Untuk memupuk anak-anak kecil yang mempunyai hati yang terang dengan ilmu Matematik ke arah pelapis Modal Insan yang hebat dan kreatif.

Anugerah :
1) Ikon Matematik – oleh Jabatan Matematik Universiti Pertanian Malaysia 2006.
2) Tokoh Kanak-Kanak ( Bhg Akademik ) TV3 2007.
3) Tokoh Kanak-Kanak Maulidur-Rasul peringkat Negeri Terengganu 2007.
4) Dilantik menjadi role model KEMAS oleh Dato Seri Aziz Shamsudin.5) Dilantik sebagai Ikon Inspirasi oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 2008 & 2009.
6) Tokoh Generasi Masa Hadapan - Tokoh Kepenggunaan Islam (TOKI) 2008 oleh Persatuan Pengguna Islam seMalaysia (PPIM).7) Dilantik sebagai Ikon Membaca 2008 oleh Perpustakaan Negara
8) Dianugerahi TOKOH MATEMATIK ISLAM ABAD INI oleh Universiti Riau, Indonesia (UNRI) 2009.


Pencapaian :
1) Mencipta Modul Sifir 10jam Matematik untuk Sekolah Rendah.
2) Mencipta formula/kaedah baru dalam Matematik. ( Sehingga kini sudah berjumlah 223).
“OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”. Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor Matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.

Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.

Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.

Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz Al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.

Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.

“Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.

“Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.

“Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra… mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu,” katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.

Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.

“Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.

“Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.

“Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

“Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.

“Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1,” katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.

Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.

Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak’ walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

“Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain,” katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.

Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

“Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta,” kata Adi Putra.

Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

5 comments:

mama aini said...

ya..adi putra memang ank yg mempunyai kebolihan yg luar biasa..beruntung ibubapa yg mendapat anak sepertinya...

ZORA said...

adi putra memng hbat la...kat utm tmpat zora blja ni ade gak lecture gune formula math adi putra..senag kot...:)

Ringgo said...

Tul tu Mama A .. dari dalam kandungan lg ibubapa dia dah jaga dia dengan surah2 pilihan tu ..
> zora : oo kat utm pon ada guna formula math dia .. betul2 hebat aa dia ..
semoga impian dia akan tercapai dan dengan kepintaran dia akan menaikkan nama Islam di persada dunia serta bangsa melayu kita ..

Unknown said...

budak genius ni kerajaan kena support dia sebab dia akan jadi aset masa hadapan negara...

Ringgo said...

tul tu Khai .. bukan takat supot ja .. depa kena pantau juga takut lari jauh plak kepintaran adi ni ke jalan / pihak yang lain plak nnt .. ada dah contoh sebelum ni , macam sofiah di london tu ..
masa kecik bijak , dah besaq bijak tang laen plak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...