| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, June 20, 2011

Hukum Menyambut Hari Bapa , Ibu ..

Photobucket

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun dan Hari Bapa pada 19 Jun setiap tahun . Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.


2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
  1. Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat ( gharbiyyun ).   
  2. Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat (بدع العبادات) tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan (بدع العادات).
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah ( Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi ) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan ( seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan ) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:
  1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan (تكريما إضافيا) yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
  2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu Al-Quran di Universiti Al-Azhar Al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“هذا اليوم الذي تُكرم فيه الأم ويُسميه الناس “عيد الأم” هو مِن بدَع العادات لا مِن بدَع العبادات، وبدَع العادات لا يَأمر بها الإسلام ولا يَنهَى عنها إلا إذا كانت تتصل بالدِّين من قريب أو مِن بعيد، فإذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الوفاء والاعتراف بالجميل وتدعو إلى البرِّ والإحسان إلى مَن يَستحق البرَّ والإحسانَ، كالأمِّ والأبِ ومَن في حُكمهما كالجَدَّة والجَدِّ، فإن الإسلام يُبارك هذه العادات ويُقرُّها. أمَّا إذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الضِّدِّ مِن ذلك، أو يَترتَّب على فعْلها ما يَعيبه الإسلام ويَنهَى عنه، كالإسراف والتبذير والعبَث واللهْو واللعب والتفاخُر، فإن الإسلام يَنهَى عن ذلك ويُحذر منه.

“Hari ini dimana Ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat . Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia ( yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi ) memberikan pendapat seperti berikut :

Perayaan Hari Ibu - iaitu 21 Mac pada suatu hari yang dikhususkan , pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.

8. Dr Muhammad Al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
  1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
  2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
  3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.


Photobucket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas pulak ..

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Wallahu ‘alam bil sowab

Sumber : 

5 comments:

MaMa AiNi said...

terpulang apa tujuan kita sebenarnya..jika sekadar menghargai segala jasa dan pengorbanan ibu bapa membesarkan kita !!!..mama rasa tak salah kan.. dgn syarat tanpa membelakangkan hukum ugama...apa pula pendapat ringgo ek?..(mama setuju dgn pendapat Dr Muhammad Al-Banna..

Khairil said...

Hari Bapa dan Hari ibu hanya sekadar adat yang ada unsur2 kebaikkan bukannya ibadat... bersetuju dengan pendapat Dr Muhammad Al-Banna..

Ringgo said...

setuju dengan pendapat Dr Muhammad Al-Banna juga ..
1.Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2.Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3.Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.

ZORA said...

susah juga kalo da mcm2 pendapat ni..btw...memng tak salahkan kalo kita smbut tapi bkan mngikut mcm budaya barat dan bukan islam 2,..

Ringgo said...

setuju juga dengan Sheikh Hamid al-Athar ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...