| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, August 23, 2011

Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara


Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud " Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...

1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita semasa masih sihat.

2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita berjaya.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup, semua 4 perkara di atas adalah masa yang boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan , Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan , Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan , 
Dengan kain kafan yang serba putih , 
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih , 
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

4 comments:

MaMa AiNi said...

assalam...ringgo semuga kita mendapat panduan dari entry ringgo ni..sori ya..mama sibuk sikit kblkangan ni..sbb tu lewat lawat ringgo..

Ringgo said...

InsyaAllah Mama A , sekadar ingatan untuk diri sendiri agar tak terus leka dengan duniawi ni ..

takpe mmg kita semua ada tanggungjawab masing2 yg lebih penting .. saya sendiri pon tak dapat nak tumpukan perhatian disini .. bulan Ramadhan ni masa santai tu dah jadi terlalu sedikit ..

InsyaAllah selepas raya nnt boleh la berBloggg macam biasa dengan entri yg lebih banyak ..

khairul said...

terasa insaf dan kerdil nya diri ini..layak kah aku ke syurga Mu Ya Allah ....



Nissan Teana low rider .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/nissan-teana-low-rider.html

ZORA said...

semoga kita dijauhi drpda kmngkarannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...