3aya masih tak faham kenapa Tan Sri Muhyiddin masih menuduh Pakatan Rakyat (PR) hanya pandai mengkritik kosong kenaikan harga minyak. Adakah dengan melaksanakan solusi kenaikan harga RM0.20 secara senyap-senyap dan berkali-kali itu di tengah malam ketika rakyat sedang nyenyak tidur itu solusi yang terbaik, bijak dan berhemah khususnya kepada rakyat?
Monday, June 6, 2011
Sunday, June 5, 2011
10 Penyebab Doa Tidak Termakbul

Suatu hari Ibrahim bin Adham berjalan-jalan di kota Bashrah. Orang-orang yang berada di kota itu mengerumuninya dan bertanya , “Hai syeikh , katanya : Allah berjanji mengabulkan doa hamba-Nya. Setahun ini saya terus berdoa, kenapa tidak juga dikabulkan? ” Lalu Ibrahim bin Adham menjawab panjang lebar, “ Hai penduduk Bashrah, bagaimana doamu akan dikabulkan, sedang hatimu tersumbat oleh 10 perkara yang akan kuterangkan satu per satu. “ :
Labels:
Kenal Diri,
Syaraq
Membentuk Keluarga Sakinah
Keluarga Muslim - Bagaimana Seharusnya
Dalam proses untuk mencapai matlamat yang terbesar iaitu keredhaan Allah SWT dan bagi menghasilkan Fardi Muslim maka proses yang keduanya ialah untuk melahirkan Al-bait Al muslim (keluarga Muslim.)
Keluarga Muslim yang kita kehendaki ialah satu keluarga atau rumah di mana suami isteri memahami dan mengetahui hak-hak mereka berdua dan iltizam dengan hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut. Untuk mencapai Al Bait Muslim itu maka proses yang berikutnya perlu dilaksanakan.
Labels:
Syaraq
D' Majlis Amira Azid
Selamat Pengantin Baru .. Kepada Amira Azid Dan Pasangannya Mohd Latip Bin Abdullah semoga bahgia ke anak cucu ..


Labels:
Jom Kaween
Mayat Tidak Reput ..
Maha Suci Allah , Pencipta Dan Pentadbir Sekalian Alam .. JanjiNya kepada hamba yang taat kepada suruhanNya ..Tiada yang Mustahil BagiNya ..
Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang oleh Penulis Blog Perjalanan Hidup
Labels:
Syaraq
Saturday, June 4, 2011
Langgar , Alor Setar , Kedah
Pekan Langgar di Alor Setar Kedah ..
Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km.
Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama.
Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama.
Labels:
Tempat Sejarah
Rejab & Sejarahnya
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Labels:
Perjuangan
Sepuloh Golongan Mayatnya Tidak Reput ..
Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput Di Hari Qiamat Kelak .
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Labels:
Syaraq
Pokok Sena , Kedah .
Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya “PTEROCARBUS INDICUS”. Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an.
Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama.
Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama.
Labels:
Tempat Sejarah
Friday, June 3, 2011
Adab Pergaulan

Untuk peringatan & panduan kepada aku , hamba yang belum sepenuhnya mentaati TuanNya , Tuhan sekalian Alam .. Aku tidak layak masuk Syurga Mu Tapi aku tidak sanggup menahan siksa NerakaMu Ya Allah ...
Ya Allah Ya Tuhanku , Engkau Taatkanlah hatiku ini kepada perintahMU sahaja Ya Allah ... Amin .
1.Menundukkan pandangan .
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman NYA ; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman ; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
Labels:
Syaraq
Padah Disentuh Elektrik ..

Salah satu pekerjaan yang paling berisiko tinggi adalah pencuri kabel elektrik jika tersilap langkah MAUT menanti angpa tanpa apa² perlindungan dari pihak kerajaan ataupun TNB walaupun berpengalaman dan berkelayakan tinggi ..
Thursday, June 2, 2011
Jelebu & Sejarah Asal Usul

Datuk Abdullah bin Panglima Muda
Undang Luak Jelebu yang ke-12 dengan memakai gelaran
Datuk Mendalika Menteri Akhir Zaman
Den nak kongsi ceghito tompek asai den ni haa .. pasai apo namo ee camtu.. kok ado sesapo yang ponah poei jolobu tu .. lalu yoo tapi tak tau apo lak namo ee jolobu .. ko baco laa seniri ni haa
Ko Jolobak ko Jolobu
Tuai padi tigo sorghangkai
Siapo kono kemat Jolobu
Kalau tak mati badai menghasai.
Labels:
Tempat Sejarah
Wednesday, June 1, 2011
Halal Sikit @ Halal Banyak @ Tak Halal @ Halal Ke ?

Adakah secara kebetulan atau memang dirancang oleh pihak tertentu yang inginkan benda haram ini berada didalam tubuh badan umat Islam tanpa disedari selain daripada yang telah diambil secara sedar dan waras ..
Malaysia dilaung-laungkan adalah negara Islam dimata dunia dengan majoriti penduduk adalah melayu yang beragama Islam tetapi terlalu banyak rahsia yang bertentangan dengan umat Islam di Malaysia . yang dapat dikesan terbaru adalah DNA Khinzir @ BABI dalam makanan yang dipasarkan secara umum kepada umat Islam .
Malaysia dilaung-laungkan adalah negara Islam dimata dunia dengan majoriti penduduk adalah melayu yang beragama Islam tetapi terlalu banyak rahsia yang bertentangan dengan umat Islam di Malaysia . yang dapat dikesan terbaru adalah DNA Khinzir @ BABI dalam makanan yang dipasarkan secara umum kepada umat Islam .
Labels:
1Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)