| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, August 8, 2011

Syirik & Ringkasannya

Photobucket

Syirik bermakna menyengutukan Allah. Ia dalah dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar. Sabda Rasulullah SAW :

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ: اَلإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَوْلُ الزُّورِ أَوْ قَالَ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

Sunday, August 7, 2011

Syirik Kecil

Photobucket
Wajib bagi setiap muslim untuk berhati-hati terhadap penyakit ini dan jangan menganggap remeh. Pelakunya diwajibkan untuk bertaubat. Di antara yang dikategorikan dalam Syirik Ashghar (kecil) antara lain :

Saturday, August 6, 2011

Riddah [ murtad ] menurut Islam ..

Photobucket
Pendahuluan
Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: " Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buatselama-lamanya)."

Solat Qasar Dan Jama'

Photobucket
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut :

Solat Qasar
Takrifan :
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Kambing dan manfaatnya

Photobucket
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Friday, August 5, 2011

Bersederhana Tanda Syukur

Photobucket
DALAM menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad dan juga sahabat Baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah.

Thursday, August 4, 2011

Bersederhana dalam tindakan

Photobucket
Antara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat.

Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim bersederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.

Wednesday, August 3, 2011

PENGHAYATAN RAMADHAN

Photobucket
MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW & DAN PARA SAHABAT

Rasulullah  SAW  amat  bergembira  dengan  kedatangan  Ramadhan  al‐Mubarak,  bahkan  baginda  menganjurkan  para  sahabat  supaya  bergembira dengan mengisi  ketaatan  yang penuh  sama  ada  fardhu  ataupun  sunat  bagi menghiasi  Ramadhan  al‐Mubarak. 

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

Photobucket
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Photobucket
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Monday, August 1, 2011

Manusia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah

Photobucket
Matlamat kejadian manusia di dunia ini telah dijelaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya : Maksudnya : Tidak Kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu (Al-Zariat: 56)

Dalam ayat lain Allah menyebut secara jelas dalam bentuk perintah supaya manusia mengabdikan diri kepadaNya. FirmanNya : Maksudnya : Wahai sekelian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menjadi kamu dan umat yang sebelum kamu (Al-Baqarah: 21)

Manusia hidup sebagai ujian.

Photobucket
Kehidupan manusia di dunia bukanlah satu yang sia-sia dan akan habis begitu sahaja. Manusia tidak bebas melakukan apa sahaja di dunia mengikut keinginan dan kemahuan dirinya tanpa ada batasan yang mengawalnya. Ini kerana Al-Quran menjelaskan bahawa Allah menjadikan manusia hidup di dunia ini sebagai ujian. Firman Allah : Maksudnya : Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah daripada kalangan kamu yang lebih baik amalannya (Al-Mulk: 2)

SANTAPAN ROHANI DI DALAM BULAN RAMADHAN

Photobucket
Seandainya peniaga mencari peluang atau musim baik untuk mendapat keuntungan besar dari perniagaannya , maka begitu juga bagi orang-orang mukmin dalam menyambut bulan Ramadhan sebagai musim yang teristimewa, mereka mempastikan perolehan pahala sebesar-besarnya daripada Allah dengan penuh yakin di mana Allah akan memberi gandaan pahala amalan-amalan baik yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan daripada sepuluh kali kepada tujuh ratus kali ganda pahala dan tidak terhingga lagi banyaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...