| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, August 3, 2011

PENGHAYATAN RAMADHAN

Photobucket
MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW & DAN PARA SAHABAT

Rasulullah  SAW  amat  bergembira  dengan  kedatangan  Ramadhan  al‐Mubarak,  bahkan  baginda  menganjurkan  para  sahabat  supaya  bergembira dengan mengisi  ketaatan  yang penuh  sama  ada  fardhu  ataupun  sunat  bagi menghiasi  Ramadhan  al‐Mubarak. 

Dengan  sebab  itu  banyak  hadith‐hadith yang  menunjukkan  kelebihan  dan  keutamaan  Ramadhan  dan  puasa  serta acara  sunat yang  lain untuk menambahkan  lagi koleksi pahala di  sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya : 

1.  Hadith  riwayat Ahmad,  al‐Bukhari  dan Muslim  daripada  Sahl  bin  Sa’d, sabda Rasulullah SAW :  Maksudnya : Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama  Rayyan , dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun  dan masuk melaluinya . Apabila  selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.  

2.  Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie , daripada Abu Hurairah . Sabda Rasulullah : Maksudnya :  Puasa sebagai perisai. 

3.  Hadith  riwayat  Ibn Majah  dan  al‐Hakim,  daripada  Ibn  Umar   bahawa Nabi  bersabda : Maksudnya:  Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak .

4.  Hadith  riwayat  al‐Baghawi  dari  seorang  lelaki  di  kalangan  sahabat. Firman Allah  dalam hadith qudsi :
Maksudnya : Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untukKu,  dan  Akulah  yang  membalasnya . Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana  penyangga , sebagai perisai dari  mata pedang . 

5.  Hadith  riwayat  al‐Baihaqi  di  dalam  al‐Syu`ab  daripada  Abu  Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :  Maksudnya :  Puasa  adalah  separuh  kesabaran,  dan  di  atas  setiap  sesuatu mempunyai  zakat ,  dan  zakat jasad ialah puasa. 

6.  Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id : Maksudnya :  Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun . 

7.  Hadith riwayat  Ibn Mandah di dalam  `Amali, daripada  Ibn Umar dan al‐Dailami ,  daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi bersabda :  Maksudnya :  Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih , tidurnya merupakan  ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan . 

8.  Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim :  Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga ,  ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan. 

9.  Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan :  Maksudnya : Siapa  yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab , nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu .  

Sebagaimana  diketahui  puasa  pada  bulan  Ramadhan  adalah  ibadat yang difardhukan  oleh Allah  SWT. Dalam  erti  kata  lain  setiap  orang  Islam yang  melakukannya  hanya  kerana  mematuhi  perintah  Allah SWT dan melaksanakan  tanggungjawab  keimanan  kepada‐Nya  tanpa  memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut. 

Antara hikmah dan faedah puasa ialah: 

i.  Boleh menyedarkan  hati  orang  yang  beriman  bahawa  dirinya  di  bawah perhatian Allah.  
ii.  Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun. 
iii. Allah menghendaki  semua  hambanya memenuhi  bulan  tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya. 
iv. Kekenyangan  yang  berterusan  dalam  kehidupan  seseorang  akan memenuhi  dan menyuburkan  jiwanya  dengan  sifat‐sifat  keras  hati  dan keterlalulan. 
v.  Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. 

Firman Allah SWT  dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 : Maksudnya:  Hai  orang‐orang  yang  beriman!  Kamu  diwajibkan  berpuasa sebagaimana  ia  diwajibkan  ke  atas  orang‐orang  yang  terdahulu  dari  kamu  supaya kamu bertaqwa. 

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu , iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah SWT  dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati  . Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran  ini kepada mereka memang  sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi  Allah SWT dan betapa berat timbangannya di dalam neraca  Allah . Taqwa  itulah matlamat  yang  ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang  menyampaikan  kepada  taqwa.  Oleh  sebab  itulah  ayat  ini mengangkatkan  taqwa dihadapan  mata  mereka  selaku  matlamat  yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
 
Semoga  kita  mencapai  tahap  ketaqwaan  melalui  ibadat  puasa  Ramadhan pada tahun ini dan yang akan datang . Amin. 

Sumber / Petikan :
Mufti Kerajaan Negeri Melaka .
1.  Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al‐Khin, Dr.Mustafa al‐Bugha , Ali al‐Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005 . Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
2.  Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub . Cetakan Pertama 2000 M / 1420H . Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
4.  Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5.  Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6.  Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram , Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah . Cetakan Keempat,  2001. Thinkers Library.

2 comments:

khairul said...

trima kaseh sshabat

khairul said...

Glamer lagi bulan ni.http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/glamer-lagi-aku-bulan-nie.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...