| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, August 1, 2011

SANTAPAN ROHANI DI DALAM BULAN RAMADHAN

Photobucket
Seandainya peniaga mencari peluang atau musim baik untuk mendapat keuntungan besar dari perniagaannya , maka begitu juga bagi orang-orang mukmin dalam menyambut bulan Ramadhan sebagai musim yang teristimewa, mereka mempastikan perolehan pahala sebesar-besarnya daripada Allah dengan penuh yakin di mana Allah akan memberi gandaan pahala amalan-amalan baik yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan daripada sepuluh kali kepada tujuh ratus kali ganda pahala dan tidak terhingga lagi banyaknya.
Bagi memperolehi keuntungan yang besar ini, setiap orang mukminin di tuntut supaya memberi perhatian sewajarnya kepada perkara-perkara berikut,
  • Bulan Ramadhan musim mencari keuntungan pahala yang besar untuk akhirat sekali setahun.
  • Bulan Ramadhan musim pembebasan daripada neraka , musim pengampunan dosa terdahulu dan kemudian dan musim pintu syurga dibuka terusan.
  • Bulan Ramadhan musim memperdekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan kebajikan dan ketaatan.
  • Bulan Ramadhan musim memperkayakan sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah pada seseorang.
  • Bulan Ramadhan musim limpahan rahmat dan hidayat Al-Quran untuk manusia dan musim memperdekatkan diri secara sungguh-sungguh kepada Al-Quran (membaca Al-Quran dan bertadarrus)

Sama-samalah kita berusaha memperolehi sebanyak-banyak keuntungan pahala di dalam bulan Ramadhan dengan amalan-amalan ketaatan kepada Allah. Risalah ini menghidangkan secebis panduan yang difikir berguna kepada kita semua untuk dimanafaatkan di sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak.

1. Peringatan dari langit
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam. - Riwayat Al-Khamsah

2. Wasiat Rasulullah SAW.
Hakikat sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya. Rasulullah SAW telah memberi wasiat di akhir khutbah baginda , berbunyi : Maksudnya : Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam empat perkara. Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang kamu beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) " لا إله إلا الله" dan kamu beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak boleh terlepas darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan memohon berlindung dengan-Nya dari neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah akan memberi minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam syurga.

3. Penghayatan wasiat
Penghayatan dari wasiat di atas sebagaimana berikut :
  • Perbanyakkan bermalam di dalam bulan Ramadhan berzikir " لا إله إلا الله" .
  • Perbanyakkan beristighfar di dalam bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan bertaubat dari dosa.
  • Perbanyakkan berdoa memohon syurga di dalam bulan Ramadhan juga perbanyakkan berdoa berlindung dari neraka.
  • Memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang berpuasa adalah besar pahalanya.

4. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan.
Adalah suatu keberuntungan kepada orang-orang mukmin yang tidak melepaskan peluang gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya di sepanjang bulan Ramadhan yang meliputi rahmat, keampunan dan kesucian dari dosa yang melayakkan memasuki syurga.

Rasulullah SAW menarik perhatian umat-umatnya supaya berusaha mendapatkan gandaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan , di antaranya menghidupkan malam-malamnya, sebagaimana sabda baginda  : Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal) sepenuh keimanan dan mencari pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. - Diriwayatkan oleh Bukhari

5. Bagaimana hendak dilakukan
Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan boleh dilakukan sekurang-kurangnya :

Mengikut pendapat Al-Syaukani : Ialah dengan, atau semata-mata solat yang memberi maksud menghidupkan malam dengan beramal malam (Qiamullail).
Mengikut pendapat Imam An-Nawawi : Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan berhasil dengan solat terawih, kerana Qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan solat terawih.

6. Sebaik-baik peluang
Tiap-tiap orang mukalaf yang melakukan dosa wajiblah bertaubat segera di dalam bulan Ramadhan dan sebaik-baik peluang untuk bertaubat. Keperluan bertaubat sebagaimana berikut :
  • Menyesal daripada pekerjaan dosa yang telah dikerjakan.
  • Meninggalkan pekerjaan dosa itu dengan kehendak sendiri.
  • Berazam tidak hendak kembali selama-lamanya berbuat dosa.
  • Benci kepada perbuatan dosa sebagaimana benci kepada racun.
  • Memperbanyakkan beristighfar kepada Allah.

Sumber : Jusoh Mamat / Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan .

Semoga sama2 kita mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan oleh penulis diatas ..

2 comments:

MaMa AiNi said...

salam ramadhan dr mama buat rinngo & family...mama suka kesini dan baca info2 ini...thanks ya ringgo..

Ringgo said...

salam ramadhan juga dari kami sekeluarga buat mama A n keluarga disana .. moga ibadah ramadhan kali ini akan lebih baik dari sebelum ini InsyaAllah , tima kasih ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...