| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, July 23, 2011

Ziarah Kekanda ..

Photobucket
Jumaat 22 Julai 2011 menziarah kekanda hamba
di Kg Lalang , Gerik , Perak ..


kerana kesibukan tugas masing2 kami hanya sempat
bertemu 2 kali sahaja dalam tahun ni ..


Photobucket

Photobucket
Pokok Buah Salak yang ditanam di belakang rumah
yang sudah boleh dimakan ..
hamba diberi buahtangan buah salak untuk pulang ..


Photobucket

Photobucket
juga ternakan kecil2an burung puyuh ..
mendapat lagi hamba telur burung puyuh ..

Photobucket

Photobucket
yang ini juga ternakan beliau juga iaitu ayam daging ..
tapi yang ini kekanda hamba tak bagi pulak ..
kalau dia bagi dah tentu hamba makan ayam panggang .. hahaha..

Kg Lalang ni majoriti penduduk kampung menetap di sepanjang jalan utama .. Punca pendapatan samaada menoreh getah , pekerja Rahman Hidraulic berdekatan iaitu syarikat perlombongan bijih timah antara pengeluar bijih timah terbesar di malaysia , pelombong persendirian dari sungai2 kecil di kaki bukit , peniaga kedai makanan sepanjang jalan kerana jalan ini lah jalan alternatif untuk menuju ke selatan selain menggunakan highway plus sehingga sampai di kuala kangsar .. buruh binaan & pekebun2 kecil yang mengerjakan hasil alam .. perjalanan yang menarik melalui kampung2 & penempatan baru sepanjang jalan tetapi AWAS dengan binatang tenakan serta simpang2 di perkampungan ..


Photobucket
Pemandangan dari Klian Intan ..

Merujuk kepada sumber utama tulisan Raja Azman Raja Abdul Hamid, pada zaman dahulu ada seorang pembesar negeri Reman yang bernama ‘Wan Itam’. Dipercayai ‘Wan Itam’ lah yang telah membuka ‘klian’ atau lombong bijih timah berhampiran dengan Gunung Paku. Sejak itu, tempat tersebut digelar sebagai ‘Klian Wan Itan’ sehinggalah lama-kelamaan ia berubah menjadi Klian Intan dan kekal sehingga ke hari ini.

Memetik cerita dari sumber lain yang ada kaitan dengan kewujudan nama serta kawasan Klian Intan, difahamkan pada penghujung abad ke-18, Klian Intan terletak dalam sempadan Perak Utara dan di sinilah para pelombong membayar cukai kepada wakil sultan. Sementara itu, di Pattani, seorang kerabat pemerintah telah mengisytiharkan diri menjadi pemerintah yang berkuasa di Utara Pattani dan terkenal dengan jolokan Raja Reman.

Pada tahun 1821, ketika tentera Siam melancarkan serangan terhadap Kedah dan Perak, Raja Reman mencuri peluang meluaskan sempadan empayar kuasanya sehingga ke negeri Perak termasuklah kawasan perlombongan Klian Intan. Pemerintah licik ini telah menguasai lombong-lombong dan menikmati hasil cukai selama beberapa tahun.

Kawasan Klian Intan diisytiharkan secara rasmi milik negeri Perak pada tahun 1909 selepas termeterainya Perjanjian Bangkok antara kerajaan Siam dengan British pada 10 Mac 1909. Sebelum Klian Intan rasmi menjadi sebahagian dari Negeri Perak, telah berlaku beberapa siri peperangan antara rakyat Perak dengan kerajaan Siam yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Selain itu, di Klian Intan terdapat sebuah bangunan yang digelar Klian Intan Town Committee. Suatu masa dahulu, bangunan ini menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah yang amat besar untuk negara. Kononnya di sini bermulanya rundingan damai yang pertama sebelum berlakunya Rundingan Baling. Di sini juga para tentera mengumpulkan mayat gerila Komunis yang terkorban. Namun, itu semua kisah dahulu dan kini bangunan ini dijadikan tapak Pasar Besar Klian Intan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

3 comments:

MaMa AiNi said...

wah bestnya dpt buah tangan...buah salak n telor puyuh !!!..he2x...kenapa ringgo tak minta je kat abang ayam daging tu. kalau tak dpt makan ayam panggang kan !! he2x...

Ringgo said...

tu la pasal .. ayam tu je yg dia tak bagi ..

marsha said...

kekenda saudara tu sahabat baik saya,terputus hubungan dan saya x sempat kesana... sampaikan salam saya kepada abang aziz dan minta dia hubungi saya Jalil-019-4326267

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...